Quantcast
Channel: sepet
Viewing all 671 articles
Browse latest View live

Pemenang Testimoni Skincare : ItsmeHoney Bee

$
0
0
Assalamualaikum, pepagi dah sebarkan gambar testimoni, haha!

Sepatutnya nak update semalam, tapi tak cukup masa pulok. Ok semua, kali ni pemenang kita ada masalah jerawat and bekas jerawat kat muka. 

Dia pakai Skincare Seqy Beauty ni dalam tempoh lebih kurang sebulan, tapi banyak jugak kurang. Alhamdulillah sangat kan.

 Ini hari pertama, masa dia beli set skincare.

Pakai mesti konsisten tau, kalau konsisten insyaallah berhasil. Huhu!

 Nampak berubah sangat-sangat kan.


 Walaupun belum 100% pulih, tapi dah bersyukur sangat kalau ada perubahan, mana tau pakai lagi 3 4 5 6 bulan, terus jelita melampau2, kekeke!


Tahniah ItsmeHoney Bee, nanti contact HQ semula ye, kita akan pos hadiah awak. =)

Again, hadiahnya berupa :

1. SET SKINCARE
2. BB CREAM CODE 1
2. BB CREAM CODE 2
3. BB CREAM CODE 3
4. CLEANSER
5. SAKURA MASK
6. WANG TUNAI BERNILAI RM100.

Uolls, masih ada lagi ruang dan peluang untuk korang join dan menang contest Skincare ni, silakan contact HQ 011-2107 6726

Frame Allah Muhammad Murah

$
0
0
Haritu dah share gambar frame ni kat instagram.


Sabtu lepas aku mencari barang kat GM, so jenjalan lah dari tingkat bawah sampai tingkat 7. Nak beli barang-barang untuk masukkan dalam goodies bag. Ke sana sini lah, tengok tu rasa nak beli, tengok ni rasa nak beli. Haih!

Nasib baik lah dah limitkan satu goodies bag berapa harga dia. Kalau main redah je pegi beli, aku rasa semua benda aku ambik sebab comel-comel sangat.

Lepas tu singgah la ada satu kedai pakistan ni, nak beli tasbih, sekali nampak frame tu tergantung. Dalam hati berkata-kata, ish lawa jugak tapi mesti mahal. So malas lah nak tanya. Nanti kalau mahal, dah satu hal pulak tersakit hati sebab tak mampu beli. Gitu, haha! Suka psycho diri sendiri.

Beli itu ini kat kedai pakistan tu, tetiba aku cam tak puas hati. Laju je mulut aku tanya. Ni satu berapa??

Oh itu frame 1 RM10.

???????????????????????????????????????

??????????????????????????

Haku bagaikan tidak percaya, ahahahaha! Kena gelak sebab dah gigil2 tangan mencari dompet.

Sekali Qery menyampuk.

Murah la lagi, bagi diskaun sikit, ambik banyak barang ni.

OMG, dia ni kan.. Dah murah la tu. Sobs.

Pastu orang tu cakap, okay la RM8.

?????????????????????????????

Terus aku jeling Qery, bukan jeling bengang tau, tapi jelingan kasih sayang, kahkahkah! Suka mak nak, terus jadi RM8.

Sepi seketika, tetiba orang kedai tu cakap..

Ambil la dua, saya bagi RM15.

Okay fine, meh sini tengok corak apa ada, aku dah bersila kat situ cam memakcik. Hahaha! Eh mana boleh cenggitu, kena ambik dua ni. Satu bagi mak aku, satu bagi mertua. Walaupun bukan untuk aku, tapi kalau tak dapat beli tu, boleh termimpi jugak, hahaha!

Kat rumah mertua lupa nak ambik gambar, tapi lain sikit la. Dia more to classic. Yang bagi mak aku ni cam ceria-ceria kan. 

So harga dia 1 RM7.50. Murah gilaaaa kan. Tapi kau jangan lah bayangkan kualiti dia tip top ke hape. Dia guna plate yang nipis tu je. Bukan yang jenis batu berukir berat baling anjing boleh mati tu. No no no. Tak kisah la, yang penting chantekkk. Kennn..

So, kalau korang nak, frame ni ada jual kat GM KL (Chow Kit), Tingkat 7.  Dekat dengan kedai jersi. Aku rasa situ je kot ada kedai pakistan. Depan kedai jual paper bag. 

Tapi takyah la semata-mata pegi situ nak beli frame. Kecuali kalau korang memang nak ke situ, boleh la beli. Atau ada kawan2 nak ke sana, boleh la kirim. Tapi kalau korang masuk GM KL ni, kompom korang akan beli memacam punya, rambang mata.

Ok, diharap membantu semua. Kbye

Testimoni Sakura Mask : Luka Kemalangan

$
0
0
Aku pernah cerita yang adik ipar aku yang bongsu tu excident, hari pertama tu memang kesian la tengok, lengan, jari, lutut, semua berdarah. Kesan calar tu punyalah besar. Masa berbuka tu kitorang tengah makan, darah dia mengalir tik tik tik. Aku tengok pun dah rasa ngilu-ngilu. Apatah lagi dia sendiri yang rasa. 

So malam tu dia ikut kitorang balik rumah, kat rumah aku ada first aid. Cuci-cuci tepi luka, kulit-kulit yang ada darah kering. Pakai alcohol swab, pun dia dah ter aduh aduh. Belum lagi cuci kat tempat luka. Huhu! Oh lupa, lepas excident tu dia memang dah gi klinik. Dah sapu untuk matikan kuman semua. So yang datang rumah aku ni sebab nak bagi Sakura Mask lah.

Ini hari ke 2 atau 3 kot. Hari pertama nanti aku gabung-gabungkan bagi korang tengok eh.

Yang korang tengok ni sikit, banyak lagi tempat, tapi takyah la bubuh sini, tengok yang ni je dulu. 

Memula nak letak tu, Cepul cam seriau-seriau je, mana tak seriau. Nak letak kat daging kot. Huhu! Belum letak dah terasa pedih. Kalau aku dah nangis dulu kot. 

Sakura Mask ni memang sejuk ye, tapi sejuk kalau kena kulit. Kalau kena daging opkos la pedih melampau-lampau. Daging wei, haha! Kita luka sikit, angin sepoi-sepoi bahasa lalu kena luka kita pun kita terasa cam ngilu kan. Inikan pulak nak sapu gel. 

Tapi nak buat macam mana, kena jugak sapu. Aku pesan dengan Cepul, sekarang ni la elok kalau nak sapu. Sebab sel-sel masih aktif lagi. Sok sok kulit tu dah kering, banyak sel dah mati, susah sikit lah kulit tu nak tumbuh balik. Eh korang paham tak apa aku cuba sampaikan ni. Hihi!


Setelah 10 hari sapu secara konsisten, 2 kali sehari. See the result. Amazing WOW WOW WOW! haha! Overnya.

 Ini bru 10 hari tau. Cepul kata kulit tu dah keras, so dia buang sendiri. 

Ish, selalunya kalau luka-luka macam ni, lama jugaklah nak elok. Huhu! Kesian abang sado kita.

Banyak dah pulih ni, nanti kalau lengan dia dah bertambah baik, aku update lagi kat sini k.

So uolls, Sakura Mask Seqy Beauty, bukan je untuk kulit muka. Sakura Mask ni multifunctional gel. Ruam bayi boleh, gatal-gatal boleh, jerawat boleh, kulit kering boleh, luka excident boleh, parut boleh, kulit terbakar pun boleh. Tinggal korang nak beli je. Eh. Haha!

Contact
011-2107 6726
Atau contact Stokis/Agen berdekatan

Tosei Milo Onne

$
0
0
Selalu korang dengar Roti Canai milo kan. So kali ni cuba lah order Tosei Milo pulak. Aku ni bukan penggemar tosei sebab ya ampun, masam gila ye, huhu! Tapi arwah bapak aku suka gila tosei, aku pun tak paham kenapa la suka makan masam2 ni, mungkin aku dah tua sikit baru suka kot. Huhu!

Aku tak sure la kalau korang first time dengar Tosei Milo. Tapi Qery dah order Tosei Milo ni dah lama jugak, rasanya since aku dah kawin dia selalu je order Tosei Milo. 

Tapi bukan semua mamak buat tosei milo ni, ada kedai mamak yang tak pernah buat, kitorang selalu pegi mamak kat area rumah ni, memang dia dah tau la sebab Qery selalu order. Kalau kitorang gi mamak tempat lain dorang buat muka pelik jugak, tapi dorang still buat. Huhu!

Dulu mamak area rumah aku ni, first time dengar tosei milo.

Qery : Tosei milo satu
Mamak : Itu macam mana buat?
Qery : Tabur milo saja la anne.
Mamak : Oo..Ok ok

Lepas dia hidang je, sibuk duduk tepi Qery tanya sedap tak, hahahaha! Opkos sedap. Aku pun menumpang sekaki. Sekarang ni kalau Qery order, aku suruh order dua sebab aku nak curi sikit-sikit.

Andak lepas dia dengar tosei milo, dia pun nak try kat Seremban, tapi mamak sana pun tak pernah dengar, hahaha!

A photo posted by Kak Jeng (@viruspadu) on


Kesian, huhu! Esoknya kitorang gi kedai mamak tempat selalu pegi tu. Order la tosei milo lagi.


Sekali mamak tu buat muka berlagak siap cakap, order la itu tosei  tissue milo, ada buat juga. 

Amboiii.. kemain lagi. Hahaha! Bangga la tu dah ada resepi baru. Nyampah kita. Takpe, nanti next time datang saya order ye anne. 

Korg yg belum cuba tu, cuba-cuba kan la.


Borak Di Petang Hari

$
0
0
Dari pukul 11 tengah hari tadi aku nak update cerita ni, tapi ada je benda. Qaiser nak main-main, lepas tu tidurkan dia. Lepas tidurkan dia aku masak sup jap. Sebab nanti Qaiser bangun nak bagi makan. Teringat ada basuh baju, sidai kejap. 

Baru habis sidai baju, Qaiser dah bangun. Bagi pulak dia makan. Eleh sebenarnya makan sesama lah dengan aku, haha! Kenyang perut dua beranak. Tetiba Qery balik, eh? Rupanya dia tertinggal bibs kat rumah. So lari balik ambik barang, then pegi balik sekolah.

Qaiser macam biasa, ajak main. Ajak seloroh-seloroh. Tetiba aku saja la aku nak rasa gusi dia, mana la tau dah tumbuh gigi ke. Sekali, OMG OMG!! Memang dah tumbuh la! Punyalah excited terus bukak lampu, suruh Qaiser nganga, hahaha!

Susah nak tengok sebab gigi bawah tumbuh dulu, dia pulak sibuk nak jelirkan lidah. Huhu! Takpe, nanti Qery balik aku suruh ambik gambar gigi pertama dia tumbuh. 

So sekarang ni Qaiser tengah leka baca buku. Meh kita update lelaju.

Beberapa hari ni, aku cam bertekad nak hidup secara sihat, konon. Lagipun Qaiser dia bangun pagi. Subuh2 dah bangun. Merasa lah aku bangun terus lepas Subuh tu, tapi takpa lah. Sebab dia dah tidur awal. Aku pun boleh tidur awal. Selalunya Qaiser pukul 2pagi pun belum tido lagi. Pening kepala aku. So bila dia dah tidur awal bangun awal ni, Alhamdulillah sangat, boleh la aku berehat pada waktu yang betul. Huhu!

So, mari buat air madu + limau.

 Limau tu aku pakai separuh je, separuh lagi boleh guna esoknya. 

 Tuang air panas, minum suam-suam. Perghhhh, sedap gila ok. Aku hari-hari minum ni, sebab sedap sangat, huhu!

Qaiser pulak cam biasalah air dia

 Sekarang dah pandai minum susu botol sampai habis.

Budak ni kan, kalau kat rumah, jarang lah habis susu dia sebab dia lagi suka nyusu badan. Tapi lepas puasa haritu, susu aku tak sure la makin berkurang ke apa kan. Rasanya kena ambik supplement banyakkan susu balik lah. 

 Banyak dah pandai, dah boleh jalan 2 3 tapak, dah boleh melompat-lompat. Belum pandai jalan sangat dah tau melompat, hee budak ni lah.

 Susu dah habis!



Tepuk tangan, happy susu dah habis.

Sekejap je dah besar budak ni, dah nak masuk setahun pun. Cam tak caya je kan. Hihi!

Eh ok la, nak tidurkan anak jap. Dia dah ngendeng2 kat kaki aku ni ha, bye

Terima Kasih Customer Dan Semua Yang Support Seqy Beauty

$
0
0
Tajuk taknak kalah, dah ala-ala menang award je gamaknya, huhu! Harini saja lah nak share dengan korang pengalaman-pengalaman aku sepanjang berada dalam kelompok 'bisnes online' ni. Yang mana korang rasa boleh ikut, silakan. Mana korang rasa tak kena dengan jiwa, boleh abaikan.

Aku start jual barang online since tahun 2010, memula sekali aku jual produk mandian bunga '7 love'. Masa tu aku still kerja farmasi lagi. Sambutan memang menggalakkan. Aku pernah tunjuk Ceera email yang aku belum reply, dia pun cam tak sangka eh eh banyaknya orang nak beli. Gitu. Tapi orang kata, tak ada jodoh yang berpanjangan dengan produk tu. Produk 7 love pun aku tak pasti still ada lagi ke tak sekarang ni, hihi!

Then kita jual handbag, jual perfume, jual jam, jual telekung. Memacam lah jual. Asalkan yang boleh mendatangkan keuntungan, aku jual je. Masa ni tak ingat pasal malu nak menjual ke apa. Sebab masa tu duit adalah keutamaannya. Keutamaan nak kumpul duit untuk bayar hutang kaklang.

Ha yang ni aku tak pernah cerita dengan sesiapa. Meh kita cerita. Masa aku kerja kat KPJ Selangor, aku memang ada mohon tukar ke KPJ Ampang Puteri. Besar lah harapan aku, ingat dapat tukar, sebab bos aku kata dia luluskan kalau aku nak ke sana, so tinggal keputusan GM je la. 

Satu hari, ada perjumpaan pharmacist2 kat KPJ Selangor, so aku terjumpa bos masa kerja kat KPJ Seremban and bos masa kat KPJ Ampang Puteri. Dah say hai hai bye bye dengan pharmacist-pharmacist tu, aku pun kerja lah macam biasa.

Bila dorang dah habis mensyuarat, bos bagitau aku. 'Hana, saya dah tanya pharmacist Ampang Puteri, kalau saya transfer awak ke sana, dorang terima tak. Jawapan dia apa tau, Oh Hana ke, saya memang nak dia kerja dengan saya, tapi dia terlalu comel. Nanti staff lelaki susah buat kerja'

Lol!! Hahaha! Aku bukan nak puji diri sendiri tau. Tapi itulah yang bos aku cakap. Aku tak tau la nak gembira dek kerana pujian tu, atau nak sedih sebab dah tau takkan diterima. Lepas tu, aku terus amik EL, cari kerja kat Pantai Ampang. Dan terus dapat, dan aku terus letak surat resign. Ofkos lah aku kena denda, kena bayar kat KPJ gaji selama 2 bulan. 

Aku tak ada duit, ofkos tak ada. Memang hidup aku semata-mata bergantung kat gaji je. Masa dapat surat bayar balik ke KPJ, mak abah aku bukak dulu. Then dorang risau la, tanya aku ada ke duit. Aku ni kalau boleh memang taknak ambik dah duit mak abah. Dah kerja tapi masih nyusahkan orang tua, apalah gunanya hidup 1000 tahun pun kan. Huhu!

So aku mesej kaklang pinjam Rm2000. Disebabkan aku pinjam RM2000 tu la, aku kelam kabut cari part time, untuk ganti balik duit tu. Ekceli camni, Qery gantikan balik duit kaklang, then aku bayar ansur-ansur kat Qery, haaa kita tak pernah ambik duit boifren okay, hahaha!

So memang aku bersungguh-sungguh la jual apa sahaja. Tak kisah la penat kerja macam mana pun, aku tetap kena cari duit lebih. Nak bayar hutang, and nak kawin. Memang tak pernah terlintas langsung perasaan malu nak bisnes tu. Aku fikir hutang orang je. Huhu!

Bila kerja kat Pantai, aku diikat 2 tahun. Tak boleh resign. Walaupun baru kerja setahun aku dah rasa nak resign sebab nak buat bisnes sendiri. Tapi aku taknak la kejadian dulu berulang lagi. Kang tak pasal-pasal bayar free free kat Pantai. Aku pun tunggu je lah 2 tahun tu. Tapi memang semua kawan2 farmasi tau aku tak sesabo nak benti kerja. Siap kira hari, tick dalam kalendar, siap tulis kat papan putih tinggal berapa hari lagi nak berambus, hahaha! Over gila. Orang berhenti kerja, buat farewell siap nangis-nangis sedih nak tinggalkan kawan-kawan. Aku gembira senyum sampai sekarang, seronok gila dapat berhenti.

Berhenti kerja, aku decide jual skirt. Ini pun kisahnya, tengah syok-syok jual. Tukang jahit balik Cina. Pastu tak datang-datang sini dah. Lol sangat. Nak cari tukang jahit lain, tapi tak sama kualiti jahitan dia. Sangat frust. So stop jual skirt, kita try jual benda lain.

7.11.2012, secara seriusnya aku jual produk kecantikkan. Dimulakan dengan TAK ADA modal, buat pre-order, seminggu punya pre-order, kentungan terus buat modal untuk next stok. Memula jual 1 produk, lepas tu bertambah-tambah sampai berbelas produk. Masa ni aku memang delete segala group wasap, sebab susah aku nak reply customer. Sampai group family pun aku keluar, hahaha! Ko bayangkanlah, masa tu group wasap memang tengah IN gila, so semua pun nak borak kat situ. Aku ni nak baca customer punya wasap, sekali wasap family naik. Banyak kali lah. Geram betul terus aku keluar group, hahaha!

Bukan group family je, ada group stokis-stokis pun aku keluar, buat habis bateri je. Dah la tu bukan nya nak cerita pasal produk, dorang suka nyembang pasal itu ini, gosip bla bla bla. Eh tak kuasa, pun aku delete. Sehari aku terima lebih dari 100orang punya wasap. Memang kebizian melanda. Ofkos priority aku kat customer, so yang lain-lain i'm sorry, i leave group dulu ye, kihkih! Lepas aku dah kawin baru aku di invite balik dalam group family wasap, haha!

Alhamdulillah, berkat doa mak abah, doa adik beradik, doa customer, doa readers blog, yang nak aku berjaya tu. Berbekalkan KOSONG MODAL , aku dan Qery mampu untuk keluarkan produk sendiri. TQ korang yang tak putus-putus support Sepet88. Since aku jual produk orang, sampai lah sekarang ni, korang still berdiri teguh, bagi kata-kata semangat, selalu promo barang-barang yang aku jual ni sama ada online atau offline. Ofkos lah aku bersyukur kat Allah SWT, sebab buka pintu hati korang untuk beli, untuk promo, untuk bagi testimoni kat aku. Tq sesangat.

Aku ceritakan semua ni bukan sebab nak bangga diri ke apa. Yela, orang boleh kata aku riak sebab cerita tentang apa yang aku dah dapat itu ini bla bla bla. Aku cuma nak kongsi kisah aku, sedikit sebanyak boleh memberi inspirasi kat orang lain. 

Jujur kata lah, aku memang suka baca kisah-kisah jutawan. Dari dorang susah, macam mana dorang bina empayar dorang. Bermula dari bawah, belajar satu-satu perkara, dari sekecil zahrah sehingga sebesar alam, dari alam mikro ke alam makro. Inspirasi dari dorang memang buat aku lebih bersemangat untuk maju, baiki taraf hidup keluarga.

Aku harap, dengan kisah aku ni boleh membuka hati korang untuk korang lebih berusaha nak memajukan diri, dan menaikkan martabat orang Islam. Aku dulu pun susah, aku tak lahir-lahir terus kaya. Family aku biasa-biasa. Aku tak pernah keluar shopping atau jalan-jalan kat shopping mall. Rasanya boleh dikira dengan jari je sepanjang aku bersekolah, berapa kali je aku keluar dengan family. 10 jari pun tak sampai.

Aku memang dah biasa hidup susah. Korang bayangkan, aku dapat masuk sekolah teknik masa tingkatan 4, pertama kali aku tengok dunia luar, first time balik rumah, mak abah suruh balik sendiri. Aku tak tau, pegi jalan-jalan pun tak selalu, tapi kena balik sendiri dari Rembau ke Cheras.

Dah la tak pernah naik bas, tak tau tunggu kat mana, dah sampai Pudu tak tau bas nombor apa, tak tau nak tunggu kat mana, dengan tak hafal jalan, dengan tak tau nak berhenti kat mana. Tak ada duit syiling nak call abah, duit cukup2 nak balik. Nasib baik lah ada kakak-kakak senior and kawan-kawan yang banyak tolong, bagitau nanti sampai situ sini bla bla bla, ada kakak tu siap tunjuk jalan nak tunggu bas, baru dia pegi tempat tunggu bas dia. Kadang2 cemburu bila Qery cerita, dorang adik beradik dari darjah 1 sampai tingkatan 5, ayah hantar pegi balik. Aku pulak, dari darjah 1, jalan kaki pegi balik sekolah. Tapi benda-benda macam ni yang buat aku lebih berani, lebih matang, lebih berdikari.

Tapi aku rasa, zaman-zaman aku memang ramai je orang yang susah macam ni. Ramai je yang hadapi benda yang aku hadap. Bukan semua orang yang duduk KL ni hidup dia senang lenang. Sekarang ni pun, ramai je yang rasa susah nak hidup, bukan kat KL je, negeri lain pun sama. Kos sara diri dah meningkat naik, berpuluh kali ganda. Bayangkan rumah tinggi 1000sqf pun dah 500k. Ini harga tahun 2015, tahun depan? 2 tahun lagi? 3 tahun lagi?

Gaji kita pulak, takat tu je. Walaupun gaji kita naik setahun RM100, tapi sebenarnya dan hakikatnya, nilai matawang dah susut. Nak naik berapa setahun baru setanding dengan taraf hidup sekarang? Siapa yang nak naikkan gaji kita setahun Rm1000?

Ekceli, korang boleh dapat duit tambahan lebih dari RM1000 kalau korang betul-betul nak. Bukan aku suruh jual produk aku, tapi buatlah apa yang korang rasa itulah bidang yang korang pro. Buat lah buat lah buat lah. Tolong lah buat. Jangan tunggu nanti, jangan tunggu semangat dah ada. Selagi korang tak mula, korang takkan tau apa itu nikmat berniaga.

Kalau korang rasa susah la, kawan tak ramai, kerja sorang-sorang, saudara tak ramai, adik beradik tak ramai, jiran jauh, facebook tak aktif, instagram tak reti buat, susah la nak berniaga.

Alahai, jangan la jadikan itu alasan. Tu semua alasan orang yang Malas nak belajar je tau. Kalau betul-betul kita ada rasa tanggungjawab kat ibu bapa, keluarga, agama dan bangsa. Ofkos susah macam mana pun kita sanggup redah. Belajarlah, belajarlah, belajarlah. Ilmu tu yang buat awak senang nanti, ilmu tu untuk kesenangan awak, bukan untuk kesenangan aku, dia ataupun semut di dapur. Huhu!

Aku dengan Qery, belum masuk fasa berjaya lagi. Kitorang baru masuk fasa memanjat. Gitu, haha! Masih lagi tak tau, boleh sampai atas, atau boleh terjatuh. Tapi jangan kisahkan kitorang, kitorang Insyaallah akan teruskan walau apa pun terjadi. Kisahkan diri korang, mula kan, cuba dulu. Silap tak apa, semua orang pun buat silap. Dalam hidup ni, paling kurang kita kena mencuba. Teori jatuh nombor 2, nombor 1 adalah praktikal. Praktikal dah master, boleh seiiringkan dengan teori, ilmu tambahan dan bla bla bla, haha! Nampak tak aku dah tak ada idea. 

Aku create entry ni bukan untuk aku, tapi untuk korang. Untuk korang yang still dalam mood terumbang ambing. Yang negatif kita tolak tepi, ambik yang positif je k. Bukan untuk orang lain, tapi untuk diri korang sendiri. Dalam hidup ni, tak ada sesiapa pun dalam hidup ni nak hidup susah. 

Kepada yang dah berkahwin, mintak sokongan dari suami memasing. Bagi suami korang baca blog ni, meh aku pesan kat suami korang, haha!

Suami, korang ni tulang belakang isteri. Bantulah isteri korang dalam apa jua hal sekalipun. Dorang nak berbisnes, mohon support. Mohon ambil tahu apa yang isteri korang jual, tolong poskan, tolong cod kan, tolong sama-sama. Duit tu bukan dia sorang nak guna, nak guna pun untuk seisi family. Isteri ni kalau tak dipeluk hari-hari pun tak apa. Kami tak mintak benda sweet-sweet melampau. Kami mintak suami support dan bagi idea, ambil berat, tu je. Mungkin susah sikit mula-mula, tapi nanti kesenangan tu for sure isteri akan kongsi sama-sama. Aku pun, memang jujur sejujur-jujurnya. Kalu bukan kerana Qery yang tersangat membantu, aku takkan dapat apa yang aku ada hari ni. Perempuan, walau sepenat mana pun, bila suami bagi kata-kata semangat, terus hilang penat tu. So, jalankanlah tugas anda, kami isteri-isteri sanggup bantu menaikkan taraf hidup keluarga tanpa berkira mahupun mengungkit.

Kepada yang belum berkahwin tu, mohonlah doa ibu bapa banyak-banyak. Doa ibu tiada hijab. Buat baik dengan kedua orang tua. 

Kesimpulannya, kalau bukan diri kita yang mulakan. Siapa lagi?

Esok Adik Ipar Nikah!!!

$
0
0
Akhirnya, kawin juga adik iparku itu, hahaha! Aku memang seronok bila dengar orang kahwin. Teringat dulu-dulu masa nak kawin, memang membara-bara perasaan. Tak sabar nak bina hidup sendiri, tak sabar  nak tau kesusahan kesenangan hidup berkeluarga.

2 bulan sebelum kahwin, aku dah start sewa rumah. Dalam masa 2 bulan tu jugak, aku n Qery beli semua perabut dalam rumah. almari, sofa, tv, mesin basuh, meja makan, kabinet barang-barang. So dah kawin senang je, masuk rumah terus susun siap-siap. 

Masa mula-mula pindah rumah, kitorang laki bini sama-sama kemas rumah, angkat almari tolak tepi, lap, vakum, susun stor. Hahaha! Seronok gila kot. Alhamdulillah, duit yang kami guna untuk kawin kedua-dua belah baik aku n Qery, untuk beli barang rumah, semua hasil dari bisnes online. Ha korang nak kawin tu silakan bisnes, *tetiba je kan aku ni, hahaha*

And ofcourse bila adik ipar nak kawin, aku excited gila. Tak sabar nak tengok dia pakai baju pengantin, makan beradab, dan yang paling penting, masa akad nikah. Hahaha! Aku yang berdebo sekarang ni. Lols

Persiapan untuk adik ipar aku kawin, aku tak banyak tolong sangat. Sebab dia kata semua ok je. Tinggal haritu kitorang ada tolong sikit-sikit untuk buat doorgift. Tapi sikit sangat pun aku tolong, kekeke!

Makin sunyi lah mak ayah mertua aku. Yelah, anaknya 3 orang je. Esok 2 orang dah kawin, sorang lagi tengah SPM. Nanti tahun depan mana la tahu ada rezeki sambung belajar, dah habis dah anak, hahaha! Tak ada la habis, ada je la 3 orang tu. Maksud aku, semua dah besar. 2 orang dah keluar rumah, sorang duduk asrama. Kesian betul.

Aku cakap dengan Qery, takpe lah. Ada rezeki kalau kita dapat duduk rumah besar, kita suruh la mak ayah duduk sekali. Senang dia nak tengok mak ayah dia. Tak ada la risau memanjang fikir sihat ke tak. Gitu.

Ha, adik ipar aku kawin dengan orang Klang. Kawan se UiTM katanya. Sebaya lah dengan dia. Eh, teringat aku. Kan adik ipar aku umur 28, tua setahun dari aku. Tapi kalau kira bulan, 5 bulan je beza dengan aku, hahaha! Masa buat doorgift tu, dia ada la ajak kengkawan dia buat sekali. Sekali kawan dia pun sibuk nak panggil aku Kak Hana. Excuse me, hahaha! Terus aku cakap, Hana Hana, takyah panggil kakak. Kekeke!

Aku ni ada perangai dari dulu, kalau lelaki aku tak suka ber-abang, ber-adik, ber-kakak bagai. Eiii tak suka. Kalau perempuan takpe aku tak kisah. Mungkin sebab dari dulu aku menyampah gila dengan senior nak jadi abang-abang angkat la, dengan junior nak ber-adik angkat la, please la, tepi sikit boleh? hahaha! 

Mungkin la nampak cam rude gila, orang nak panggil diri dorang abang sebab umur ke apa kan. Tapi setakat 2 3 tahun tu toksah la haih. Panggil je nama. Kalau tua 8 9 10 tahun ke atas baru aku ok nak panggil abang ke apa. Sebab tu aku tak pernah panggil Qery abang, haha! Walaupun Qery tua 4 tahun, aku panggil dia nama je. Pastu mula la Qery feeling sebaya aku. *mata ke atas*

Lepas tu Qery kan ramai adik angkat, bila dorang mesej panggil Abang Qery je aku rasa nak termuntah terus kat situ, hahaha! Dulu masa orang nak jadikan aku adik angkat, aku selalu lah bagi alasan 'taknak, saya dah ada 5 kakak, 3 abang. Cukup dah takyah nak tambah2 lagi'. Kekwat gila. Lempang diri sendiri.

Eh tetiba dah kemana-mana cerita aku ni, nak cerita pasal adik ipar nikah esok je. So malam ni kitorang akan tido hotel berdekatan. Sebab esok pagi nak nikah. Tengah hari sanding. Cheras nak ke Klang, kala bawak slow mau sejam jugak. Dan kalau jem mau lebih sejam jugak. Baik kita tido hotel sana je. 

Apalah perasaan adik ipar aku sekarang ni kan

Gambar curi dari blog kak Peej, kekeke! Tahun 2008, bulan 12, sewaktu kakak aku si Ceera tu kawin. Aku tak pakai tudung lagi so blurkan, Qery kiri sekali, dan yang tengah tu adik ipar, Syah.

Saja letak gambar lama, sebab masa ni Syah kurus. Kepada Syah, sila buat come back ye. Hahahaha!
Dan kepada Qery jugak, minggu depan kita diet sesama, sekian terima kasih.

NOW OPEN FOR DROPSHIP

$
0
0
Setelah berbincang-bincang dengan Qery, akhirnya kami buka juga dropship untuk sesiapa yang TAK ADA MODAL, yang baru-baru cuba nak berniaga.


Ok, sebelum ni memang kalau sesiapa nak jadi dropship, kita akan suruh refer ke Stokis-stokis Seqy Beauty, still korang boleh refer ke stokis kalau nak jadi dropship. Setakat ni kita ada 8 orang Stokis, so pilih la yang mana korang suka, huhu!

Tapi sejak entry semalam, ada yang wasap nak try jadi dropship dulu. Nak belajar, nak cari duit poket, nak simpan duit kawin, dan tak kisah la apa je alasan korang untuk mulakan bisnes dengan DROPSHIP, asalkan dengan niat yang mulia, kami tersangatlah alu-alukan.

Memula rasa berat hati jugak nak bukak dropship ni sebab staff kita yang bekerja untuk ambil order cuma seorang je. Risau dia pening, sebab staff kita pun still baru berjinak-jinak, orang kata masih belajar lagi lah. So diharap customer yang pernah contact staff Seqy Beauty, semua tahap kesabaran paling teratas. Mungkin dia lewat sikit balas, atau mungkin dia tengah balut parcel, tengah tulis alamat, tengah terbuang air kecik besar, hihi!

Tapi disebabkan nak menolong lebih ramai lagi kawan-kawan alam maya kita ni, nak bagi peluang korang merasa macam mana lah rasanya berbisnes online ni, meh la join family Seqy Beauty. 

Yang penting, buang jauh-jauh perkara negatif. Kentalkan hati, sentiasa niat yang baik-baik sebelum buat sesuatu kerja. Contohnya harini bangun-bangun tanam terus niat. Aku berniaga kerana Allah, nak bantu ibu bapa, keluarga. Semoga banyak rezeki dan boleh kongsikan dengan mereka yang kurang bernasib baik. Atau kalau korang nak kawin, boleh niatkan untuk nak kawin. Atau nak beli rumah, apa-apa je lah. Jangan la memula niat, aku nak hidup senang, boleh makan kat tempat best-best, boleh melancong, boleh beli handbag mahal-mahal. 

Bukan tak boleh, nak beli itu ini, kemahuan tu semua kita beli lah kalau ada lebih untuk kita. Tak salah pun. Tak berdosa pun kita mensyukuri nikmat yang Allah bagi, yang penting bukan niat kita nak menunjuk-nunjuk ke apa. Its up to you. Sendiri punya hati, sendiri tau. Hihi!

Untuk yang berminat nak jadi dropship, disebabkan tak ada modal yang kami pinta, ofkos kita kenakan syarat. Aku harap korang boleh bersetuju dengan syarat tu, sebab syaratnya sangat simple. Yang penting usaha. Ni mana yang student-student lagi, nak mulakan bisnes, gi telefon mak ayah. Bagitau korang nak cari duit lebih, mintak dorang doakan setiap kali solat.

Mana yang dah berkeluarga tu, minta restu suami. Boleh tak nak niaga, bincang elok-elok. Okay, dah get ready, korang dah boleh try iklan-iklankan produk Seqy Beauty, kalau boleh korang pakai dulu produk Seqy Beauty, bila dah tau feel pakai macam mana rasa, lagi senang korang nak jual. Lagi senang nak menjawab dengan customer. Gitu. 

Best tau berniaga. Aku dulu pun tak ada modal jugak, bermula dari bawah jugak. Mintak rezeki pun dari Allah jugak. Alhamdulillah, hasil keuntungan kita boleh buat macam-macam, yang pertama sekali ofkos untuk orang tua. Lebih kita bagi, lebih lagi rezeki yang dapat lepas tu. Bawak mak ayah jalan-jalan, gembirakan hati orang tua, belikan hadiah itu ini ikut kemampuan. 

Kalau aku yang tak pandai ni boleh buat, aku rasa korang lagi boleh buat 10 kali ganda bagus dari aku. Korang lagi boleh berjaya berganda-ganda dari aku. Selagi mana korang disiplin dan yakin dengan diri.

Ok, kalau nak meh wasap-wasap kami.

Contact
011-2107 6726
Atau contact Stokis/Agen berdekatan

KULIT BERTAMBAH HITAM DENGAN SAKURA MASK!!??

$
0
0
Ha?? Sakit jantung kalau dengar komplen macam ni kan.

Ok haritu korang tau kan adik ipar aku yang eksiden tu, dia sapu sakura mask. So beberapa hari lepas macam dah genap 2 minggu lah dia pakai.

Qery ada snap pic dia. So, masa Qery keluar dari bilik adik dia, aku terdengar Qery cakap, 

'Dah hitam dah kulit Cepul'

Pastu aku macam pelik, tapi lantakkan sana. Sekali mak mertua aku pun cakap benda sama.

'Haah, dah hitam dah kulit dia yang luka tu'

Eh? Kenapa pulak hitam ni kan. Takmo lah hitam, nak putih, hahahaha!

Rupanyaaaaaaa, mak sambung lagi ayat.

'Yela, kulit asal Cepul kan hitam, dia ikut balik kulit asal la tu, bagus la tu'

Ohhhh! Lupa pulak kulit Cepul gelap sikit, tapi takde la hitam, hahaha! Buat suspen je.


Alhamdulillah. Cepat sangat dia repair kulit. Selalu memang makan berbulan2 jugak, ataupun memang tak boleh hilang parut tu. Harap nya if Cepul still pakai dengan konsisten, kulit dia pulih la semula. 

So uolls, taknak beli lagi ke sakura mask kita ni, bukan untuk luka je, untuk pulihkan parut luka kat muka, parut jerawat, kulit kering, semua boleh uolls.

Contact
011-2107 6726
Atau contact Stokis/Agen berdekatan

PENGAMBILAN DROPSHIP DITUTUP SERTA MERTA

$
0
0
Heeeeeee, uolls. Sebelum tu ampun maaf dipinta. Sebab tak dapat nak lanjutkan lagi pengambilan dropship. Sambutan menggalakkan, so kita nak staff kita adapt dulu dengan situasi baru sekarang. Bukanlah situasi apa pun, yela. Dulu dia tak pernah buat dropship, banyak benda nak kena masuk dalam sistem. Bagi perlahan-lahan dia sesuaikan diri dulu. Kalau dia rasa dah okay, dah boleh handle. Then kita buka semula pengambilan dropship ye.


Takmo sedih-sedih. Hihi! Tak sangka sangat yang ramai rupanya nak jadi dropship. Huhu! Bagus korang, sekurang-kurang korang dah bermula. Dah melangkah setapak, ada orang still duduk-duduk lagi, baring-baring, tengok tv, lepak sana sini. Biarkanlah dorang semua. Kita sama-sama teruskan langkah kita ok. 

Jangan patah semangat ke apa. Biasalah kalau hari pertama tak ada orang berminat. Hari ke seminggu, hari ke 2 minggu. Jangan expect hari pertama kita jual seratus orang terus beli. No, ada orang yang dia pandang-pandang je dulu, ada orang suka survey-survey, ada orang dia tunggu gaji, ada orang dia nak tengok lebih banyak update dari korang. 

Jangan expect jugak satu iklan yang korang up kat ig/fb/blog boleh tarik pembeli terus. Kita bukan artis, kita tak dikenali. So kita kena fikir idea macam mana kita nak tarik perhatian orang. Kalau korang jenis tak aktif sangat kat social media its ok, mulakan dengan tunjuk perubahan diri korang kat kawan-kawan. Cuba pakai bb cream kita, cuba pakai sakura mask, atau skincare. Insyaallah ada perubahan, mesti kawan-kawan tanya.

Cuba sedekah 1 bb cream letak kat surau, letak sekali no telefon untuk dorang contact korang kalau berminat ke apa. Tapi ada certain surau jenis yang suka mencopek barang, so kena fikir risiko semua lah ya. Hihi!

Apa lagi ye, erm...bagi kawan sikit, suruh dia rasa pakai bb cream. Kalau sesuai dengan kawan tu, mana tau nanti satu kerabat dia order, hahaha! Kita kena positif. Kalau kawan tu diam je tak bagi feedback pape, takpe. Mungkin dia tak ada duit nak order lagi, tunggu ada duit baru order ke apa. Ha jangan la terus down ke apa. Ok?

Cakap benda yang baik-baik kat fb, tulis benda yang biasa-biasa. Jangan emosi-emosi. Customer suka peniaga yang positif. Dorang tak suka peniaga emosi. Bagi layanan yang baik, walaupun dapat customer kekwat tahap tertinggi, jawab biasa-biasa je. Lumrah ragam piagam tu semua. Kat situ kita akan belajar untuk improve diri kita. Allah nak kita belajar benda baru, handle customer, so lepas ni kalau dapat lagi customer gitu, sap sap soi je korang layan. Hihi!

Kalau korang jenis malu melampau-lampau. Cari sorang kawan yang memang mulut pokpekpokpek ni, bincang dengan dia yang korang nak jual barang tapi malu, so mintak tolong dia war-warkan. Kadang-kadang kawan macam ni suka menolong. Tapi nanti korang belanja lah dia minum, haus dia pok pek setiap department, hahaha!

Mula-mula, memang agak susah sikit. Tak ada benda yang senang dalam dunia ni. Banyakkan doa, ikhlas kan hati nak tolong diri sendiri dan keluarga. Pelbagaikan idea korang masa buat iklan. Kreatifkan diri, kalau tak kreatif jugak tak apa, cuba google idea-idea. Banyak korang boleh dapat dari situ. Ok semua. Kipidap!!

Jangan putus asa.
Jangan mengalah.
Teruskan perjuangan.
Setiap usaha takkan pernah sia-sia.
Insyaallah.
Semoga kita semua berjaya dunia akhirat. Amin.

The Mines (Play Ground)

$
0
0
Ini kali ke-2 kitorang bawak Izz Qaiser main dalam ni. 

Ok untuk sesiapa yang tak tau, dalam The Mines ada tempat budak-budak boleh main dari pagi sampai malam. Tingkat 4.

Bayaran pakej, 1 anak include mak ayah sekali. Weekdays dengan weekend harga tak sama. Korang kena pakai gelang, so nak keluar balik pegi makan, minum, toilet, boleh je. Pastu masuk balik. Asalkan jangan buang la gelang tu.

Nak masuk sini, bawak stokin sesiap. Kalau tak korang kena beli. Peraturan dia memang kena masuk pakai stokin.

Recommended time, pegi masa weekdays. Sebab tak ada orang. So anak kau boleh jadi abang kawasan, hahaha! Takyah rebut. First time kami pegi, hari Ahad. Punyalah ramai, main pun kat sudut-sudut je. Tak ramai datang weekdays. Yela, sebab rasa rugi la tak dapat main dari pagi sampai malam. Mak ayah balik kerja pun dah petang, dapat main kejap je.

Tapi Alhamdulillah untuk aku masa memang flexible. Qery pulak ada masa dia balik awal. So dapatlah pegi sini time tak ada orang. Suka. Hihi!

Excited sangat masuk sini. Suruh pandang camera pun patjuta kali baru toleh, kalau tak asik pandang mainan kat belakang je. Yela, anak ko nak main, ko sibuk nak bergambar. Dah kenapa? Hahaha!

 Ada macam-macam permainan.


 Ok jom kita pakai stokin je. Mak ayah pun kena pakai stokin tau.

 Masuk-masuk ball jugak yang dia ambik dulu. Punyalah banyak mainan lain. Huhu!



 Muka bahagia.


 Dia hempas badan dia ke sana ke sini, dia tau banyak ball. Aku perhati je.

Aku pun tumpang sekaki main, hahaha! Dulu kekecik main buai dengan jongkang jengket je uolls. Huhu!




 Qaiser suka main dengan bapak dia.

 Sebab Qery lagi pandai, dia lagi excited tunjuk tu ini. So pegi la sana main dengan daddy.



 Dah habis main sini, kita main pasir pulak.

 Memula je geli.

 Percubaan menakutkan Qaiser, hahaha! Aku campakkan ke tangan dia

 Last-last dah tak geli. Tapi dia cubit sesatu pasir tu masuk dalam lori.

 Kalau cubit camni bila nak penuh nak oi. huhu


Dah boring, kitorang keluar makan. Jalan-jalan. Pastu nanti masuk balik sambung main.

So korang-korang, silakan lah bawak anak korang ke sini. 

Cecepat update sebab Qaiser dah hantuk-hantuk kepala kat kaki aku ni, hahaha! Sabo je la dengan anak sendiri. Kbye

Dah tersuka pakai jubah.

$
0
0
Hallu, baru dapat duduk depan pc. 2 3 hari ni Izz Qaiser buat perangai nak berkepit je. Dia tengah tengok kartun, tapi jari pegang kaki aku, hahaha! Kemain lagi tak bagi aku bangun.

Walaupun kerja banyak tak siap, tapi aku ni lebih pentingkan family. Opkos lah anak lagi penting. Itulah sebabnya aku nak jadi suri rumah pun. Nak kerja kat rumah sebab boleh jaga anak sendiri, boleh tengok dia membesar depan mata. 

Memang banyak kerja tertangguh pun, tapi tak apa. Kerja ni sampai bila-bila pun tak habis. Kadang-kadang tu kesian kat Qaiser, sebab dia tak paham lagi yang kita kena kerja cari rezeki. Mula-mula dulu aku stress jugak sebab dia asik nak berkepit je, satu kerja tak siap. Tapi bila fikir-fikir balik. Dia kecik lagi, bayi pun lagi. Bukan dia yang kena paham kita, tapi kita yang kena paham dia.

Orang lain tu tunggu bertahun-tahun nak dapat anak. Kita dah dapat anak ni, abaikan pulak. The very not good. Huhu! So sebab tu lah, whatever it is, suami n anak dulu. Kerja nanti. Qaiser dah tido ni baru cecepat buat. Huhu!

So bila dah macam ni, nak bersiap nak mix and match baju pun selalu je tak sempat. Tak ada masa nak fikir baju ni nak pakai dengan seluar apa. Malas fikir then kita sarung jubah je. Hehe!

Tapi memang suka sangat dengan jubah felinna ni.

 Nak selfie sorang-sorang, sekali muncul Qery kat belakang. Sibuk je nk interprem, hehe!


Pastu suka komplen aku ambik gambar gegar2. Padahal dia yang bergerak sana sini tak reti duduk diam. Ha biarkan update muka dia gerak2 ni, hihi!


Cantik kain dia, sedap pakai, labuh,suka sangat lah. Ada lgi 2 helai jubah beli kat felinna tak pakai lagi. Nanti aku pakai tunjuk korang k. Korang boleh la beli sesama.

A photo posted by Sepet Noh (@sepetnoh) on


Baju ni pun aku suka. Padahal nak gi rumah mak je. Haritu aku dengar ceramah Ustaz Kazim, dia cakap kalau ada baju cantik-cantik tu pakai. Jangan nak tunggu raya ke apa. Sebab belum tentu umur kita panjang. Pakai baju cantik-cantik ni salah satu cara kita menzahirkan syukur atas nikmat Allah. Tapi niat kena betul lah, Jangan la bermegah-megah dalam diri, konon nak kita paling cantik bila pegi mana-mana. Gitu.

So kat rumah pun pakai lah cantik-cantik. Jangan baju cantik simpan, baju lusuh je pakai. Ok noted Ustaz, Insyaallah kami semua buat kalau tak lupa. Hihihi!

Rasa nak kumpul jubah je la. Uolls tahu tak ig mana lagi yang jual jubah simple tapi kain best. Maksud kain best ni, tak melekat kat badan la. Loose je. Tapi taknak la loose sampai baju tu ringan sangat, kena tiup angin terbang sana sini. Cam ok la sedap sedap pakai. Eh banyak songeh aku ni, haha!

Klah. Byeeee

Potong Rambut Izz Qaiser

$
0
0
Nak dijadikan cerita, masa Syah kawin minggu lepas. Rambut Izz Qaiser dah panjang sangat. Dah lama aku suruh Qery potong, tapi dia takmo. Bukan la aku suruh botak pun. Potong lah sikit, dah masuk mata dah rambut budak tu. Kesian dia tiap kali mandi je habis meleper rambut pastu masuk mata. Asik nak betulkan rambut dia je. 


Tengok rambut anak aku. Dah melepek-lepek dah, haha! Dia jenis rambut kembang, rambut nipis memang kembang ye dok. Sebab ringan. Ni nipis spesis rambut aku la ni. Tapi Qaiser lurus sikit. 


Macam apa dah rambut anak aku, hahaha! So aku cakap kat Qery nak potong la rambut Qaiser, nanti kenduri belah Syah tak ada la ke sana sini peginya.

Kitorang pegi kedai rambut masa tu dah petang dah. Mintak orang cina tu potongkan. Bagus betul dia, pandai ambik hati anak kita, siap nyanyi lagu rasa sayang hey. Hahaha!

Kali ni masa gunting aku yang pegang.

Tengok tu, leka je.

Muka tak reti je, bagus nak. Kipidap. Nanti dah besar sikit boleh teman mak buat rambut ok. Kekeke!

Orang tu potong lelaju sebab risau anak aku meragam. Tapi memang pun. Sebab nak habis potong tu, Izz Qaiser dah geli geli kat tengkuk. Hahaha! Yela rambut tu jatuh kat tengkuk dia, tersenget-senget kepala dia tahan geli.

Hasilnya udah pendek. Nanti suruh daddy buat rambut pacak-pacak k.

Tak sampai 2 minggu lagi Izz Qaiser nak masuk setahun. Kejap je masa berlalu. Rasa baru je kawin semalam. Eh? Hahahaha!

SEDAR DIRI, PAKSA DIRI.

$
0
0
Semalam, terbaca kawan kat facebook update status. Seronok baca status-status dia sebab dia memang tesangatlah positif. Orang yang betul-betul positif kita boleh baca dari segi penulisan dia. Kan?

So apa yang dia tulis ni, memang apa yang aku rasa. Hihi! TQ Nana sebab karang ayat sebagus ni, then kita boleh share je kat sini. =P

"Kadang-kadang bila dengar alasan yang diberi oleh downlines yang tidak bersungguh buat bisnes, nana tersenyum.. Sebab kadang-kadang nana sendiri pernah rasa apa yang mereka rasa..

Kalau nak kata MALAS, nana pun kadang-kadang ada jugak rasa malas datang.. Malas nak buat segala-galanya.. Kalau boleh nak tidur je tambah-tambah hormon mengandung yang buat rasa malas nak buat serba serbi ni..

Kalau nak kata FED UP dengan downlines yang tak serious, nana pun selalu sangat rasa fed up.. Kadang-kadang disebabkan rasa kecewa pernah je rasa nak remove semua manusia-manusia ni daripada group dan tak sudi lagi dah nak beri ilmu pada mereka..

Kalau nak kata DOWN bila diduga, nana pun pernah rasa macam-macam dugaan.. Kalau nak cerita 10 mukasurat pun tak habis.. Rasa sampai dah taknak buat bisnes Shaklee dah kadang-kadang..

TAPI, kalau nana ikutkan emosi yang NEGATIF tu apa yang nana dapat?

Adakah impian-impian nana akan tercapai?
Adakah orang lain yang sudi menunaikan impian-impian nana?
Adakah nana masih boleh memberi manfaat kepada orang lain dengan ikhlas?


Sesungguhnya impian nana sangat banyak dan besar!

Dan nana tahu, kalau bukan nana yang mengejar impian itu sendiri, tidak akan ada orang yang sudi bagi free-free dekat nana..

Maka dengan itu nana PAKSA DIRI untuk buang segala sifat dan pemikiran negatif dari diri nana..
Nana bukan ROBOT! Nana manusia biasa yang ada hati dan perasaan.. Tapi yang buat nana masih bertahan hanya satu, Nana SEDAR DIRI..

Nana sedar diri yang nana ini manusia biasa yang bukan Nabi bukan Rasul dan bukan banyak mana pun pahala sampai melayakkan nana untuk masuk syurga tanpa hisab, yang melayakkan nana untuk mendapat rezeki tanpa usaha..

Sebab nana tahu, Nabi dan Rasul yang Allah sayang dan Allah janjikan syurga pun masih perlu berusaha.. Masih beribadat siang dan malam.. Masih BEKERJA mencari rezeki..
Allahu, kerdilnya kita..

Sudah lah dosa bertimbun.. Pahala pun entah cukup entahkan tidak..
Hidup pun tidak lah seselesa mana.. Nak beri duit dekat parents pun masih berkira-kira.. Nak sedekah pun masih berkira-kira..


Maka LAYAKKAH kita untuk melayan rasa MALAS, DOWN dan PUTUS ASA kita?

TIDAK. Kita tak layak untuk layan semua rasa negatif tu selagi kita SEDAR DIRI yang tiada siapa akan beri kejayaan PERCUMA kepada kita

Nana tiada rahsia istimewa untuk berjaya kerana nana masih manusia biasa yang kadang-kadang masih didatang emosi-emosi negatif.. Cuma apa yang nana buat ialah, nana PAKSA DIRI untuk fight semua rasa negatif kerana nana SEDAR DIRI nana bukan siapa-siapa yang boleh berjaya dengan MUDAH dan PERCUMA 

-MNM-"

Apa yang aku boleh ulaskan kat sini, hidup ni memang perlu paksaan. Kita kena berperang dengan KEMALASAN kita sendiri, kena berperang dengan PERASAAN NEGATIF kita sendiri. Musuh kita adalah diri kita. Ok semua. Bye Bye

Banyak cerita nak update!!

$
0
0
Heee, sakitnya tuh di sini bila banyak gila cerita nak update, tapi masa tak ada. Semalam elok la malam tak ada apa hal. Ingatkan nak update la. Sekali tertidur. Kalau dah tertidur tu, memang tak ada hasil lah kan, kecuali mimpi indah belaka. Kekekeke!

Harini dari pagi tadi aku membizi tak berhenti buat kerja. So tadi Qery paksa update jugak, dia kata membebel je lah apa-apa pun. Entah la nak membebel apa pun tak tau. Minggu lepas hari Sabtu kan reception belah lelaki. So aku tak pegang fon pun. Mengharapkan ihsan camera Qery.

Sekali tengok Qery pun tak snap gambar. Eh macam mana kita nak cerita pasal wedding adik ipar kita ni. Nak tunggu gambar photographer memang tidok lah kan. Haha! Kalau wedding aku sendiri boleh la lagi bersabar dan still ingat moment menusuk kalbu tu. Takpe lah, nanti aku try cari gambar kat hashtag je lah. Kalau ada gambarnya, kita update lah. Kalau tak ada berkubur je lah entry tu ye. Huhu!




Korang nak tau cerita, aku sekarang ni bersemangat sebab stokis/agen/dropship tengah menggila jual produk Seqy beauty, sampaikan HQ sendiri dah TAK ADA stok Skincare. Haih nak pitam bila dapat tau.

Dropship pun bukan main lagi laju.. Aku doakan korang semua lepas ni boleh la jadi agen terus. Lepas tu semakin berkembang bisnes memasing. Awak awak, kita dulu pun dropship jugak tau. Tak ada modal jugak. Kita cakap kita pegi ambik gambar satu satu barang kat kedai orang kan. Tak kisah la penat tu, yang paling seronok bila ada orang nak beli. Hahahaha!

Pengalaman tu korang kena belajar pelan-pelan. Dapat customer cerewet jangan lupa bersyukur.  Sekurang-kurangnya kita ada pengalaman handle orang kekwat. Mana tau lepas tu makin banyak rezeki yang Allah bagi. Mungkin Allah nak uji kita dulu dengan beberapa customer yang agak susah nak handle, tapi lepas tu Dia bagi berlimpah kali ganda rezeki. Selalulah bersangka baik ok.

Nanti kita update proper sikit. Nak packing stok, nak keluar beli barang sikit. Then balik nanti iolls kemas kini semua kat blog ye. Korang kan penyabar orangnya, suka je tunggu kita update kan, *kemain jaga hati* hahahaha!

Kbye. Nanti kalau kita update pasal produk sendiri pun mohon baca k. Takmo skip skip tau tau. Walaupun tak seronok ke apa, baca je dengan muka toya pun, takpe kita tak kisah. Kikiki! Kbye

Zaman Darjah 6 sampai Tingkatan 3

$
0
0
Aku ada group wasap "5 Sekawan". Kitorang ni ada 5 orang yang berkawan rapat gila gila dari tingkatan 1. Masa sekolah rendah ekceli kitorang satu sekolah, cuma ada yang tak rapat, ada yang rapat. Macam aku, since darjah 3 sampai lah tingkatan 3. Kawan baik #tilljannah aku adalah Saifatul Hazirah. Hahaha! Memang setiap tahun akan duduk sebelah-sebelah. Tak mungkin berpisah. Gitu.

So, kawan baik aku ni namanya
Saifatul (since darjah 3)
Fazila (pun darjah-darjah tapi tak ingat, haha)
Syikin (kenal masa darjah tapi tak rapat sebab kelas lain)
Izzah (tingkatan 1 baru kenal sebab sekolah rendah dia sekolah lain)

 
 Gambar ni masa darjah 6. Aku gemok gila ye. Tengok yang berdiri kanan sekali tu. Pakai baju kuning. Lols, hahahahaha! Ini kawan2 satu kelas + ada la sikit2 kelas lain. Rindu gila lah dengan dorang ni. Masa sekolah rendah memang selekeh toksah cita. Nama-nama kawan chinese pun aku ingat, sorang Chin Mei Kee, sorang lagi Aileen Chia Yee Ling. Kemain, rapat ok sebab duduk belakang aku je. Hahaha!

So masuk tingkatan 1.

Ingat tak aku cerita, dulu aku pakai tudung ada plastik kat atas tu. Jadi cover tudung ala-ala tudung fareeda uolls, hahahaha!

Seperti biasa, aku berdiri kanan sekali. Tembun sangat kan. Banyak makan masa ni. Kalau dapat tomyam, aku boleh makan sampai 8 mangkuk. Serius tak tipu. Mak aku kalau masak, memang banyak sebab aku makan banyak. Arwah abah aku pun memang tau aku sememangnya makan paling banyak dalam keluarga. Tak pernah tak tambah la. Gitu. Jadi jangan sesekali mempersoalkan kenapa tambun sangat. Kikiki!

Aku sebelah kiri pakai cap biru. Terserlah lah plastik fareeda iolls, hahahaha!

Adui lawak sangat rasanya.

Masa ni raya. Kitorang still ada buat makan makan kat rumah kawan2. So happy la dapat berkumpul camni, pakai baju cecantik. Time ni baju tu lah yang paling cantik pernah aku ada. 

Ceera selalu je nyorokkan plastik fareeda aku tu, dia stress. Aku pun stress sekarang ni bila tengok balik, hahaha!

Tapi masuk tingkatan 2 ke atas aku dah tak pakai dah. Dah dapat hidayah kot. =P

 Ni gambar masa tingkatan 3.

 Tingkatan 3 ni tahun terakhir aku kat Taman Seraya. Sebab tingkatan 4 dah masuk teknik. Yang kiri Syikin, yang kanan Saifatul.

 Lepas koko. Harus lah berposing sakan. Dulu kan koko hari Sabtu. So boleh la melepak kejap kat sekolah. 

 Kawan sayang sangat ni.

 Rindu kan zaman sekolah menengah.

 Kat kantin.



So gambar ni lah geng kami yang #tilljannah tu, haha! Dari kiri, Izzah, Fazila, Saifatul, Aku and Syikin.

Tengok gambar lama memang muka hodoh win sangat kan. Hahaha! Tapi sekarng pun bukanlah cantik sangat pun. Nasib baik lah ada produk Seqy Beauty, eh? Haha! Tetiba sangat, Kbye

Jalan-Jalan IOI City Mall.

$
0
0
Kelmarin jenjalan kat ioi city mall. Kononnya nak mencari baju Qery and Qaiser untuk Sabtu ni. Padahal sebenarnya itu cuma alasan semata, kalau tak cari pun tetap haku nak gi sini gak. Haha! Dah berbulan tak datang sini ok. Sejak sebelum puasa kot. Nasib baik Qery kata jom, kalau tak boleh buat bergaduh ni, hahaha! Drama sangat.

 Budak manja dengan daddy dia. Qery kalau balik rumah, memang aku tak laku dah. Mengempeng kat Qery. Tapi ikut mood dia jugak la. Kadang2 tu 10 minit je melekat, lepas tu cari aku balik sebab nak susu. Cis betul. Huhu!

 Qaiser kan dah tumbuh gigi sikit kat belah atas. Tak tau la dah berapa batang, yang nampak obviously gigi depan dia sebatang, tapi bila aku raba2 gusi cam tajam2 jugak kat tempat lain. Bila nak tengok dia tak bagi. 

So sekarang ni dia suka la buat mulut cenggitu, sebab nak main geser2 gigi. Kadang2 tu ngilu je bila dengar. Huhu!

 Memula kita mencari ATM dulu. Nak keluarkan duit suami. Eh? hahahaha!

 So Qaiser tunggu tepi sana dengan daddy ye. 

 Haritu ada orang tanya mana beli kasut Qaiser kan. Entah la aku pun tak tau. Sebab yang ni, abang aku Ateh yang belikan. Masa sehari lagi nak raya, dia wasap kat adik beradik. Dia tanya nak beli tak untuk Qaiser, dia jumpa jual tepi jalan. Eh rambang mata masa tu tengok macam-macam design. Tapi suka yang ni. 

So Ateh belikan lah sebab aku dah meroyan dalam wasap tu ter NAK NAK NAK, hahahaha! Letih layan adik over camni. Sib baik lah muat. Terus jadi kasut kesayangan, asik pakai je. Huhu!

Qaiser pun suka, bila kita nak pakaikan kasut ni je, dia dah tau dah nak jalan-jalan. So dia bagi je kaki dia.


Lepas cucuk duit, terus Qery bisik, katanya nak hadiahkan aku kasut. Uihhh terkejut tau. Kenapa tetiba ni. I tak bersedia. 

KONON... hahahaha!

Terus dia bagi aku kasut yang dia suka. Pastu aku pun terus ambik. Tapi dalam hati tak suka design tu. Pura-pura lah tanya. "Nak ney pakai kasut ni ke? Cantik ke design ni?"

Qery paham lah kalau aku dah tanya gitu, maknanya aku tak suka, hahaha! Hee tak bersyukur betul la isteri siapalah ni. Pastu buat-buat try pakai tipu tipu sikit cakap tak selesa semua, hahaha! Padahal tak suka kan. Buruk perangai.

 Pastu aku akap xyah la, mahal lah kasut. Bazir je. Ececece. Tu semua ayat manis je. Pasty Qery kata , tak ada lah. Sini harga ok je tak mahal sangat.

 Terus mulut aku, ha tu tu tuuuuuu. Kat dalam tu tengok ada yang cantik x. 

Terus tunjuk kat Qery satu but ni, cantik sangat boleh pakai dengan jubah. Dan terus mintak size dengan kakak promoter. Hiks!
 
 Ha, over sangat kan kasut iolls. Qaiser!! Kasut kita lebih kurang lah. Ada zip kat tepi. 

 Muka Qaiser pun boring je melayan mak dia yang tak sudah-sudah ni, hahahaha!

Pastu Qery ada belikan kasut mak. Pun cantik sangat, corak leopard. Eh memang cantik sangat. Aku pun suka, hahaha! Mak Qery kan nampak muda, so sesuai lah pakai kasut tu. Boleh feeling datin2. Hihihi!

Lepas beli kasut, cari nasi. Teringin nak makan masakan Korea. So ke Dubuyo lah kita.

 Memula bagi anak makan dulu. Supaya dia senang hati.

 Sudu bawak sendiri uolls, team makcik2 sangat, hahaha!

 Selalunya memang habis je Qaiser makan. Dah habis makan, makanan kami pun sampai.

 Qery kata dia punya sup seafood sedap.

 Aku punya, erm boleh la. Huhu! Mungkin sebab aku tak suka makan taugeh yang ada kacang kat kepala dia tu. Aku memang tak suka dari kecik, makan je la tapi tak suka, Taugeh biasa tu aku suka sangat. Plus kimchi dia pun pedas, and tak jeruk sangat. Kalau nak buat perbandingan dengan Bulgogi, kiranya 5/10 lah. Tapi tekak memasing kan. Qery kata dia lagi suka Dubuyo. Gitu.

 So Qaiser, meh nak lap mulut dulu.

 Basahkan tissue guna air masak sedia ada, huhu!

Pastu tonyohkan aje, hahaha!

 Pastu minum. Uih memang senang hati dia lepas tu. 

Kitorang dah makan-makan. Gi cari baju Qery and Qaiser, tapi tak ada. Sebab kitorang cari warna terang-terang. Ada la banyak, cuma design dia tu tak memenuhi selera Qery. 

Tak apa. Kita boleh jalan2 lagi. Bagus la tak jumpa. Hahaha! Nampak tak niatnya di situ. 

 Budak ni, dah tau jalan sikit-sikit, tu yang kalau dapat jalan, dia punya langkah macam tak cukup tanah. 

 Tengok tu.


Punyalah besau-besau langkahnya. Seronok betul. Lepas dah habis round2 sampai budak kecik ni dah penat. Kitorang pun balik rumah. Itu sahajalah ceritanya.

Kbye

Kita harini adalah apa yang kita makan dan minum?

$
0
0
Haaaaa, ni bukan nak cerita pasal hutang piutang tau. Ni nak inform aku banyak entry yang masih berhutang kat dalam blog sendiri.

1. Entry Adik Qery Kahwin.
2. Entry Majlis Sambutan Harijadi Izz Qaiser
3. Entry jalan-jalan Taman Burung
4. Entry Cuti-cuti Malaysia

Adui, bukan apa tau. Banyaknyaaaaaa gambar nak kena edit. Masa dah la mencemburui. Kadang2 tu ada masa sikit, so edit la sikit-sikit. Tapi tak pandai-pandai nak habis gambarnya tu. Huhu!

Harini tak boleh nak bercerita sangat sebab banyak kerja mem-filing dah tertangguh. So kita borak-borak sikit je lah ye.

Lately ni aku perasan kat facebook ada macam-macam cerita. Ada gambar orang share sana sini, 1 gambar beribu andaian. Dah beribu andaian tu, beribu jugaklah fitnahnya. Kadang-kadang kita ni rasa nak baca je komen-komen. Tapi last-last kita sakit hati then kita pun terjebak jugak. Huhu!

Uolls, zaman canggih sekarang ni kita kena banyak berhati-hati. Zaman aku pung pang pung pang pun dah berlalu. Zaman boifren girlfren, zaman hu ha sana sini, zaman mulut cakap lepas, zaman panas hati. Biarkanlah ianya berlalu.

Dulu rasa semua benda nak cerita kat dalam blog. Tapi bila makin besar, makin kita paham kebaikkan keburukkan apa yang kita tulis. Tak kira la walaupun tak ada blog sekalipun, apa yang kita cakap tu kalau boleh fikir dulu sebelum keluarkan kata-kata. Kita bukan anak-anak kecil lagi, kita semua dah dewasa.

Satu perkataan kalau salah intonasi dia pun boleh buat orang lain terasa hati. Kan kan. Contohnya, kita dah terbiasa cakap kasar2 dengan family sebab kita tau family kita anggap benda tu sebagai gurauan. Tapi bila cakap dengan orang lain dengan intonasi yang sama, mungkin orang lain tak dapat terima. Macam tu.

Apa yang aku belajar sekarang ni, tak guna kita mengeluh. Tak guna kita suka komplen sana sini. Semuanya dah tertulis rezeki kita macam tu. Aku pernah bagitau dulu kot, kalau pergi kenduri, makanan habis, jangan mengeluh. Anggap rezeki kita tak ada. Kalau makanan tak sedap, jangan komplen. makan je. Sebab yang tak sedap tu lah memang rezeki kita.

Akak aku pernah cerita kat aku, suami dia tak pernah cakap sesuatu makanan tu tak sedap. Sedap tak sedap dia makan sampai habis. Then satu hari masa suami dia pegi Haji, Kebanyakkan jemaah bagitau makanan tak sedap, tak boleh telan. Tapi suami dia pelik sebab apa yang suami dia makan semua sedap.

Ha, kat situ pun kita dah tau apa yang Allah balas. Setiap kali kita redha dengan rezeki kita, mesti akan dibalas dengan kebaikkan. Gitu. Tetiba terasa ustajah sangat. Hahaha!

Haritu aku pernah tengok ada kawan kat facebook share pasal makanan yang kita makan.

Ok situasi dia macam ni lah. Ada dua biji lobak merah. Satu lobak merah tu kita pasangkan ayat-ayat suci Al-Quran. Satu lagi lobak merah tu pulak dipasangkan lagu-lagu yang melalaikan.

Then dorang simpan lobak tu kat satu tempat dalam tempoh yang sama. Sepatutnya kalau dah lobak yang kita letak tempat yang sama, ofkos la effect dia akan sama kan. Tapi bila tengok balik NO NO NO. Yang kita pasang ayat Quran tu elok lagi, tapi yang pasang lagu-lagu melalaikan tu dah berkulat.

Serius???

Lepas tu aku macam tak percaya. Aku ternampak pulak ada omputih ni dia pun buat eksperimen kat beras. Ada dua bungkus beras. 1 bungkus dia suruh anak dia cakap i love u. Satu lagi dia suruh anak dia cakap i hate u. Then aku tak ingat after 1 or 2 weeks later kot, dorang cek balik beras tu. Beras i love u still elok. Beras yang i hate u tu memang berkulat-kulat.

So apa yang korang fikirkan????

Aku terus terfikir. Patutlah orang dulu-dulu marah betul kalau bergaduh depan makanan. Tak bagi cakap bukan-bukan. Kalau makan tu makan je. 

Tapi orang sekarang ni, tengah makan pun sedap mengumpat lagi. 

Tengah minum kat mamak, mengumpat sana sini, lahabau, bab1, cela**, ^&%&^% semua keluar. Then kita minum air yang kita dah sumpah seranah tadi. Then dah jadi darah daging kita. Macam tak logic kan?? Mana boleh masuk dalam air? Memandai2 je Sepet ni.

Ok, kalau macam tu apa guna korang minum air Yasin? Kenapa kita baca Yasin then air tu boleh jadi air Yasin?

This is what i want to tell you. 

Berhati-hatilah dengan mulut kita sendiri. Sekian Ustajah Zuhana. 


Bahahaha! Kbye

Kenapa kulit bercapuk?

$
0
0
Korang ada masalah kulit bercapuk tak? Ala, kulit jenis yang bila kita tengok kat cermin dia macam tak sekata tu. Kat sini putih sikit, kat sana kusam sikit. Bukanlah nampak macam panau ke apa. Cuma nampak lah tak sekata tu. 

Aku masa dulu pernah ada masalah ni. Bukanlah kata dulu je. Masa mengandung Izz Qaiser dulu pun muka aku bercapuk tahap apa entah. Aku bajet macam hormon ibu mengandung la apa la. haha! Yela, masa memula mengandung kan aku tak boleh bangun dari katil pun. Bangun kalau nak muntah atau nak ke toilet. Kalau minum memang ada je tepi tempat baring, dah siap-siap sedia. 

So kompom-kompom la aku langsung tak jaga muka. Jangan kata tak jaga, cuci pun aku tak buat. So memang lah muka aku kusam tahap cipan. Lepas tu salahkan hormon ibu mengandung. Perangai tuuu.. hahaha!

Kesimpulannya di sini, aku pun pernah je la mengalami kulit kusam, kulit tak sekata. Bukan masa mengandung je. Masa malas nak jaga kulit muka, memang muka tak bermaya lah. Lagi-lagi bibir aku ni jenis pucat. Kalau aku tak pakai lipstick, memang nampak macam orang sakit. 

Tak best betul bila kulit muka nampak bertompok sana sini. Padahal aku dulu bukan pakai mekap. Aku memang jenis pegi kerja pun pakai lipstick je. Bila balik rumah tak ada lah rasa nak cuci muka dengan sabun ke apa, sebab aku bukan pakai mekap ke apa kan. Selalu memang tak cuci muka lah. Kalau mandi tu je la, itu pun lalu2 air biasa je kat muka. 

Bila aku kaji punya kaji, baru lah aku tau kenapa. Ala aku pernah buat entry sebelum ni pasal kulit kusam. Meh aku ceritakan semula.

Setiap hari, memang akan ada sel kulit kita yang akan mati. Ikut la cara penjagaan kita macam mana. Macam aku, aku tak jaga. Pergi kerja tak pakai apa-apa protection. Kena panas matahari memang betul2 direct ke kulit. Then dengan cuaca kat KL ni pepaham lah. Dengan pembangunan sana sini, habuk merata, bahan kimia sana sini. Walaupun kita tak perasan benda-benda macam tu, tapi memang akan ada effect kat kulit kita.

Dalam sedar tak sedar, bila aku tak jaga kulit, cuci pun pakai air biasa, then makin lama sel kulit mati tu bertambah. Tu yang nampak bertompok kat muka. Kita pulak pelik eh kenapa la kulit kita ni hitam sana sini. Tak sedar kulit mati benimbun, hahaha!

So kepentingan pencuci muka sangatlah memainkan peranan dalam kehidupan seharian kita.

Masa kat kolej, aku tinggal kat rumah kedai. So satu rumah ada lebih kurang 32 orang kot. Ramai kan. Huhu! So bermacam masalah yang aku pernah dengar. Ada sorang kakak ni membebel kat kawan dia suruh pakai pencuci muka.

Kakak ni aku bagi nama A je la tau. Si A ni dia jenis macam aku jugak, pegi mana2 tak pakai mekap. Dia cakap kalau balik kampung kulit dia ok, tapi bila datang kolej kulit dia asik tumbuh jerawat je. So kakak B ni bebel la. Katanya cuaca kat sini lain, kat sini banyak habuk, udara kotor. Walaupun tak pakai mekap, tapi mesti cuci muka. Then sekurangnya kena pakai protection muka supaya habuk tak direct kena kulit kita. 

Aku dengar je dari atas katil. Then betul lah akak tu cakap dalam hati aku. Huhu!

Betapa pemalasnya kita, betapa kita rasa kita dah cukup bersih tanpa sebarang mekap, tapi kita jangan sesekali pernah lupa untuk cuci muka. Cuci muka bukan sebab kulit kita ada masalah jerawat ke apa. Tapi cuci muka sebab kita tak tau apa yang melekat kat kulit kita. Kita tak tau berapa banyak sel yang dah mati kat atas kulit kita. Cuci muka sebab kita nak kulit kita sihat dan sentiasa bersih.

Ok semua. tak kisahlah korang nak pakai pencuci apa pun, tapi pastikan pencuci tu memang khas untuk muka. Jangan cuci pakai sabun badan, jangan cuci muka guna shampoo rambut, hahaha! Bukan berdosa pun ye, cuma bahan kimia untuk sabun badan dan rambut kebanyakkannya lebih tinggi dari sabun muka. Kulit kita ni bukan sama tahap sensitiviti dia. Kulit kepala lain, kulit badan lain, kulit muka lain, kulit tapak kaki lain. 

Kalau rasa tak tau nak cuba sabun apa, meh la cuba sabun Seqy Beauty. Sini ada testimoni. 

Sekarang ni, walaupun aku duduk rumah tak ada buat apa, setiap pagi dan malam mesti aku cuci muka. Jangan konfiden sangat rumah kita ni udara dia bersih. Kat rumah lagi lah udara tak masuk sangat sebab aku selalu tutup pintu, aliran udara pun ikut tingkap je, tingkap berapa banyak je lah udara masuk.

Baru lepas cuci muka dengan #cleansersqb , senang cuci sebab banyak buih. 😀😀😀 Ok. Nak share tips cara2 penggunaan sabun muka. Tak kisah la uolls pakai produk apa pun. Kita share je ilmu yang kita tau k. Untuk kulit kering n normal: cuma cuci 2 kali sehari. Pagi dengan malam. Masa cuci tu jangan ambil masa sampai seminit ke 5 minit. Xyah lama sangat. Cuci setakat 30 saat , dah rasa bersih terus cuci.. sebab kebanyakkan sabun cuci muka memang banyak buih. Itu yg suka je nak main2 buih kan. Hihi. Untuk kulit berminyak : boleh cuci everytime rasa kulit berminyak. Tiap kali nak solat rasa muka berminyak boleh je cuci. Pun sama jgn cuci terlalu lama. Bila kulit dah rasa better. Boleh kurangkan penggunaan sabun k. Ada yg rasa kulit dia kering lepas cuci muka. Ada 2 punca. Yang pertama dia cuci terlalu lama , jenis suka main buih berangan2 kejap depan cermin. Bahahaha. Yang ke dua sebab kurang minum air. Ada yang dia kata rasa pedih la bila cuci muka. Itu maknanya kulit korang terlalu kering. Kronologinya sama macam luka yang dah kering. Then terkena air mesti pedih kan. Sebab tempat tu kulit dia dah nipis. Sama jgk dengan muka. Bila kering, kulit nipis sbb dah dehydrated. So ofkos akan pedih sikit.  Tapi uolls still mesti cuci muka. Kalau x cuci nnt kulit mati menimbun. Pastu dah kusam pulak. Solution untuk kulit kering adalah silakan beli #sakuramasksqb. Bahahaha. Promo produk sendiri. Ok semoga jadi manfaat untuk kita semua. Xoxo. Bye
A photo posted by Sepet Noh (@sepetnoh) on


So uolls, jom beli cleanser Seqy Beauty, beribu manfaat. Info Cleanser boleh baca SINI.

Contact HQ
011-2107 6726

Taman Burung Kuala Lumpur

$
0
0
Hai uolls, dapat jugak aku habiskan edit gambar sebanyak 56 keping ni. Berkobar-kobar nak cerita pasal jenjalan kat Taman Burung.

Ekceli ini plan mengejut. 2 minggu lepas kan adik ipar aku punya reception belah lelaki. Buat hari Sabtu kan. So Ahad tu tak ada buat apa-apa. Plan nak berehat je. Kitorang keluar rumah nak gi makan je.

Sekali Qery kata jom lepas makan kita bawak Qaiser jalan gi Taman Burung. Eh aku ok je la, sebab bukan buat apa pun. So terus google map, walaupun hidup 27 tahun kat KL ni, ini first time aku datang ye, hahaha! So biarlah kalau aku jakun ke apa. Korang dendiam je.

 Kat sini ada banyak tempat nak jalan-jalan. Maksud aku, kalau korang tak nak gi Taman Burung, korang boleh pegi Taman Rama-Rama atau ada Taman Bunga. Dekat-dekat je tempat dia. Aku pilih Taman Burung sebab setiap pagi aku akan duduk belakang rumah dengan Qaiser sambil tengok burung. Belakang rumah aku ni memang tetiap pagi banyak sangat burung.

So Qaiser excited je bila kita cakap nak tengok bird. Yuran masuk sini kalau warganegara RM27 kot, entah la. Lebih kurang la, kalau bayi bawah 2 tahun FREE je. So bayar untuk 2 orang dewasa je lah.

Dinasihatkan kalau korang nak datang sini, silalah pakai topi koboi tu, yang boleh cover 1 badan korang. Sini burung dia bukan dalam cage tau. Berterbanganlah atas kepala kau. So pakai lah topi sesiap supaya tak berlaku drama Aku, Burung, Taik Burung dan dot dot dot. Huhu!

Kitorang sampai sini pukul 2 lebih macam tu. Masuk-masuk terus aku terjerit-jerit suruh Qaiser pandang, hahaha! Nasib baik tak ada orang. Ha lagi satu, masa aku datang sini, 99% semua warga asing. Orang arab lah, Pakistan lah, yang jenis hidung patuk patuk tu. Orang kita ada la 2 3 family je. So korang meh la datang sini. Hihi!

 Entah la nak, mak tak tau nama burung ni. Tapi burung ni warnanya hijau. Mak kau hijau tak ada kena mengena pun dengan burung ni. Krik krikkkk krikkkkkkk.

 Qaiser dah menunjukkan reaksi yang sepatutnya, huhu!
 
 Rasanya burung kakak tua ni kan. *pertanyaan sambil buat muka tak bijak*

 Ada burung yang dorang sangkarkan, ada yang lepaskan. Tak tau kenapa. Mungkin spesis susah nak dapat kot.




 Lepas tu kita jalan ke tempat lain pulak.

 Sekali ada ikan da. Besar-besar pulak tu, nak je aku ambik seko.

 Cecantik betul dorang design dalam ni.

 Ada banyak air terjun yang kecik2 untuk burung-burung ni.

 See, bertebaran burung. Macam bertebaran daun pulak, hahaha! Bersepah sana sini. tetiba terkejut opocot mak kau ada burung melintas betul2 10cm atas kepala. Kuajaq sangat. 

 Acah-acah berani je Qaiser tu.



 Burung ni, tak tau la aku apa nama dia. Kalau aku tau kang terkejut pulak korang, hahahaha! Dia punya rambut kerinting gerbang-gerbang. Cam kak limah.


 Ha nampak tak, hihi!

 Jangan nak buat-buat berani lah Qaiser, tak ada sapa heran pun kalau awak pegang burung tong sampah ni.

 Burung hantu. Ada burung hantu yang bukak mata, ada yang tutup mata. Aku pun suruh la burung tu tutup mata, baru pukul 3 petang, tidur dulu lambat lagi nak malam.

 Pastu dalam hati aku berkata-kata, mungkin dorang ni ikut shif jugak kot.

 Ok selpi sikit dengan burung hantu. Lek la burung, kita ni sedara, iolls perangai cam hantu gak kengkadang.



 Lalu jambatan pun nak selfie.

 Oh excited ada burung ekor nya panjaaaaaaannnnggggg sangat.
Kalau libas ni mau melayang ke antartika sana.

 Pastu dah penat, kita rehat kat pondok. Sini banyak pondok untuk rehat. So jangan risau lah kalau bawak anak2 kecik. Boleh je duduk2 kejap. 


 Anak beranak minum.



 Oh yang tadi korang tengok tu bukan ostrich ye, itu Emu. Emu ni burung kedua yang terbesar selepas Ostrich. Bijak kan? Sebab aku baru baca tadi. Hikhokhikhok.

 Qaiser dah start boring.


 Ikan lagi.


 Budak ni kan bukan boleh tengok air kolam2 camni. Dia nak terjun masuk. Dia ingat pool ke hape. Sabo je la.

 Cecantik Flamingo kat sini.

 Tempat dia pun cantik sangat, ada air terjun.



 Lama lepak sini sebab tempat ni cantik sangat. 

 Masa aku snap gambar ni, Qery tengah masuk toilet. Aku berlegar-legar kat luar, sekali nampak burung ni, dia besar sangat, tapi kaki ketot je. Hahaha! So cute. hashtag mudah terhibur sambil mata ke atas sangat, haha!

 Lepas je Qery keluar, kitorang pun jalan la. Sekali ada mamat Arab ni dia mengucap panjang gila. Sekali Qery tengok kat leher dia banyak gila taik burung yang masih segar bewarna merah. Huhu! Kesian gila ye.

Terus Qery tunjuk toilet kat mana. Haaa sebab tu lah aku suruh korang bawak topi. Kitorang alhamdulillah sangat tak kena taik burung. Huhu!


Cuaca memang panas gila, tapi tak terasa sangat sebab sini banyak pokok. Memang redup, cuma kalau kau dah berjalan selama 2 jam, berpeluh jugak ketiak. Sekali ada pulak tempat beraircond, ha cecepat masuk.

 Tempat ni cam masuk ke dalam dalam lagi, so tak ramai orang and tak ramai yang nak masuk. Masa masuk tu memang kitorang je lah. 


 Ambik angin kejap sambil bagi Qaiser minum. 


 Perangai ni, korang selalu buat kan. Rasa hala tuju aircond ke mana, hahahaha! Pastu aku halakan muka Qaiser ke angin aircond tu.

 Terus dia cam lek lek je. Hahaha! Jap aku zoom.

 Tengok, layannn sangat tu. Sedap je angin tu kena kat muka dia. Pastu kitorang decide nak balik, sebab tak mampu nak jalan lagi. Besar sungguh laaaaa Taman Burung ni.

 Qaiser pun dah letih, kalau korang perasan, dia tak pernah sandar kan. Tengok bila dah penat masuk stroller terus sandar. Muka pun tak boleh senyum dah.


 Penat sangat. hahaha!

 Pastu Qery ajak lagi tengok burung.

 Terus buat muka geram, kekeke! Pandai protes dah sekarang ni. Ok lah jom balik.

 Nak keluar memang kena lalu kedai ni dulu, so dapat aircond lagi.

 Keluar-keluar Qery belikan ice-blended. Haduiiii memang syorga sangat.

Ok lah uolls semua. Jangan lupa melawat Taman Burung. Kenalkan anak-anak korang sedari mereka kecil. Jangan jadi macam aku, dah 27 tahun baru dapat rasa. Tu yang terjakun-jakun, tengok burung tak tau nama.  Ok bye!
Viewing all 671 articles
Browse latest View live