Quantcast
Channel: sepet
Viewing all 671 articles
Browse latest View live

Bisnes Gaya #teampemalu

$
0
0
Bismillahirrahmanirrahim. Fuh!! Sebelum aku celoteh panjang, meh nak cerita sikit pasal pemalu.

Aku dengan pemalu memang berpisah tiada. Kalau korang jumpa aku personal, jumpa depan-depan. Mungkin aku akan pandang bawah je. Gitu sekali. Haha!

Ekceli aku bukan jenis yang baru sekali jumpa dah sembang begitu begini. Jumpa 2 3 4 5 6 7 8 kali pun belum tentu aku boleh mesra. Aku pun macam #teampemalu la. Malu memanjang.

Aku tak yakin untuk ke depan. Paling fail bila ada presentation. Masa belajar, kalau Jumaat tu ada presentation, hari Isnin aku dah down, hahaha! Kenapa aku malu, sebab aku tak yakin dengan diri sendiri.

Dapat kerja, tiba-tiba kena jumpa patient. Setiap hari, setiap masa. Mula-mula tu sejuk tangan. Bukan tangan je, satu badan sejuk kot. Hahaha! Ilmu tak banyak, takut bila patient tanya soalan susah. Okaylah. Contohnya, patient tu batuk. Then aku bagi lah ubat batuk. Itu je. Setel.

Cuma takut, kot la patient tu tetiba tanya.

'macam mana ubat ni bekerja dalam sistem badan kita ye'

'ubat X dan ubay Y, mana lagi bagus, apa beza dia?'

'kenapa ubat X ni mahal, kenapa ubat Y murah?'

Soalan tu kalau boleh jangan lah kena kat aku. Sebab aku tak tau nak jawab. Gitu. Huhu! Tapi bila dah selalu dispense, langsung tak ada rasa malu ke apa.

Benda yang kita tak biasa buat, memang mula-mula tu rasa pelik, janggal, tak yakin, malu, takut. Tapi bila dah lama buat, baru kita boleh adapt dengan keadaan. Kita dah tau nak handle customer, dah tau macam mana nak toleransi bila dapat customer yang cerewet sikit. Kita dah boleh tolong selesaikan masalah customer.

Okay. Stop. Semua yang kat atas ni semua orang tau. Dan korang tetap rasa malu. Hihi! Aku paham sebab tahap pemalu aku pun memang agak luar biasa sebenarnya. So aku paham.

Sebab tu aku nak ajak #teampemalu ni join berniaga. Sebab ekceli orang yang pemalu ni comel-comel. Contohnya AKU lah. Muntoh... Hahaha!

Aku baca komen korang semalam.

1. Malu nak up status jual barang.
2. Malu kalau tak ada orang like
3. Malu kalau tak ada orang beli
4. Malu nanti kawan-kawan tanya,perli, ejek.
5. Malu sebab tak pandai nak buat ayat menjual
6. Malu kalau tak dapat nak jawab soalan customer

Masalah no 1, ini benda paling penting dalam menjual. Jangan malu nak bagitau korang jual barang. Aku paham mula-mula nak up status tu debor rasa nak tekan button send. Gigil2 jari tu. Hihi! Tapi inilah langkah PERTAMA korang. 

No 2, risau tak ada orang like. Jangan camtu, hahaha! Kak Sepet friend kat facebook dekat 5000, tapi yang like pun tak sampai 10 orang tau. Kalau macam stress sangat tak de orang like, meh tag facebook Kak Sepet tiap kali up status tu. Kompom akan ku like yang love love tu. hahaha! Tapi jangan risau, Team Seqy rajin like like. Kami suka support each other. Jangan risau okay.

No 3, Jangan malu. Tak ada siapa pun tau ada orang beli ke tak. Hehehe! Normal bila kita baru meniaga tapi tak ada orang beli. Seminggu atau sebulan meniaga, itu adalah fasa product awareness. Itu fasa pemberitahuan kat orang sekeliling. Walaupun korang rasa cam cakap sorang-sorang, tapi sebenarnya kawan-kawan sekeliling tengan memerhati. Oh dia ni ada jual gak rupanya produk ni, nanti tunggu gaji baru beli. Ha gitu. 

Jangan seminggu dua minggu up status then stop sebab rasa tak ada orang nak. Bukan orang taknak, tapi orang nak tau apa lagi kebaikan produk yang kita jual. Keep update okay. Samalah macam kita jugak. Kita aim something, then nampak oh budak ni ada jual. Tapi nak tunggu gaji lah. Atau nak tunggu yang stok lama habis dulu lah. Macam tu. Jangan give up. Kita teruskan melangkah.

No 4, malu sebab nanti kawan duk membahan dalam ofis. Dorang bukan nak support pun. Bila kita jual, sibuk mintak diskaun. Ok lah tak dinafikan memang ada kawan macam ni. Hahaha! Tapi ada je kawan yang bagus. Kawan-kawan yang kerja suka membahan ni memang kita tak boleh kawal tahap kebahanan dorang tu. Dorang memang win tak pernah kalah. Haha! 

Pekakkan telinga. Senyum. Itu je ubat dia. Yelah sebab kita ni sejenis pemalu. tak mungkin lah kita boleh lawan balik kata-kata sakti dorang tu kan. Kita hanya mampu memaki dorang di dalam hati je. Binawe, kongajo, nate beghuk. Dalam hati ye dalam hati. Muka senyum je pastu gelak fake sikit-sikit. Kemon gais u can do it. Hahaha!

Korang up je status menjual macam biasa, then lama-lama kawan-kawan korang yang suka membahan ni akan penat jugak. Mula-mula je dorang rancak duk mengata kita. Tapi lama-lama dorang akan beli bila tengok kita bertahan lama. Dan jangan tak percaya, kawan yang suka membahan ni jugak lah bila dia dah start beli, dia akan war-warkan kat orang lain. Syukur selalu. Dapat kawan gini pun redho je la ok. Ada hikmah dikemudian hari. Wah positif sangat. Lempang kang. Hahaha!

No 5. Jangan risau. Once korang dah join. Kitorang akan bagi contoh-contoh ayat. Korang cuma perlu copy and paste sahaja. Kalau rasa cam tak sesuai, then boleh la korang edit mengikut kesesuaian personaliti masing-masing. Yelah, ada orang jenis pemalu tapi tak berapa nak gediks. Macam aku, aku gedik. 

Ada orang pemalu tapi jenis gedik, ada orang pemalu tapi cool, pemalu tapi kasar, pemalu tapi alim. Haaaaaaaaaa....

Ini contoh ayat gediks dan pemalu macam aku.

Hai kawan-kawan kat facebook. Kita tau kita jarang up status. Tapi kita terpaksa jugak up status ni, mungkin lepas ni akan lebih kerap nama kita keluar kat wall korang. Sebabnya kita nak meniaga. Nak cari duit sikit. Korang kalau nampak status kita, taknak beli takpe, tolong like pun dah alhamdulillah. Tapi kalau rasa kita punya status mengganggu, jangan la sampai block, hihi. Boleh unfollow facebook kita. Sorry and TQ semua. Bytheway kita jual produk kecantikkan. Nanti kita cerita lagi.

Kalau korang jenis cam tak gedik tetiba up status macam ni, maigoddddd memang la kawan-kawan rasa omg fake ni fake. Facebook dia kena hack. Report report. Hahahaha! 

Kalau korang jenis lek lek cool. Boleh la ubah ayat. Tak reti? takpe. Team Seqy kan ada. =)

No 6. Tak reti jawab soalan. Jangan takut. Ingatlah yang kita ni bekerja as a team. Kita ada team yang boleh tolong menolong. Soalan tu mungkin baru bagi kita, kita tak pernah dapat soalan tu. Tapi mungkin soalan tu soalan yang biasa ahli team kita dapat. Ada apa-apa yang tak tau nak jawab, boleh tanya. Insyaallah mana yang boleh tolong, team seqy akan tolong.

Jangan risau jugak, sebab kitorang dah ada contoh-contoh soalan feveret customer dalam file group. Korang kalau malu nak tanya kat group. Boleh terus bukak file tu baca. Membaca amalam mulia, begitulah. Huhu!

Percayalah, lepas sebulan korang berniaga. Mesti korang rasa seronoknyaaaaaa. Rugi dari dulu lagi tak cuba. 

p/s : macam mana nak jadi agen atau dropship. Hubungi stokis di bawah.

Seremban 012-205 2091 Kak Jeng
Shah Alam 012-978 9311 Kak Ira
Klang 016-204 8884 Kak Zara
Bangi 018-664 0882 Kak Teh
Bandar Sri Permaisuri 012-338 8457 Ceera
Bandar Tun Hussien Onn 019-319 0117 Nina
Johor 012-374 7284 Aza
 
Next entry untuk
#teamtakadamodal
#teamkurangkeyakinan
 Jaga-jaga semua. Hihi! 

Raya Haji 2016 (KCB)

$
0
0
 Asik up entry ajak orang meniaga, langsung lupa nak up entry raya haji kat Cheras Baru. Hihi! Raya Haji kali ni kitorang sambut adik beradik je. Sebab mak balik kampung. Seminggu sebelum raya, Opah masuk hosiptal. So mak balik kampung jaga Opah. 

Mak bagitau nak balik lepas raya. Nak beraya kat kampung dulu. Tapi mak nak anak-anak dia buat jugak takbir walaupun mak tak de kat rumah. Okaylah sebab orang paling kuat Kaklang dengan Ceera ada. TQ sebab bersusah payah masak. Memang delicious melampau-lampau.

Aku punya tugas cuma beli buah, beli pinggan plastik, cawan plastik, garfu sudu plastik, dan plastik sampah. Itu je. Sebab aku taknak basuh pinggan. Hahaha! 

So sampai-sampai sana, terus buat-buat rajin sebab tau dah kena keji dengan adik beradik sebelum datang tu. Hhahaha!

Malam tu macam biasalah. Lepas habis takbir aku berambus. Datang lambat balik cepat. Perangai terbaik sangat, kekeke!

Di pagi raya, lepas raya rumah mertua. Dekat pukul 1tengah hari gak la baru sampai Cheras Baru. Ngelat sangat mentang-mentang mak takde kat rumah. Huhu! Sampai sana lapar, terus makan. Teringat-ingat rendang ayam. Sedap gila.

Pastu terus ambik gambar. Qaiser aku tak tau la mana pegi. Dia dah seronok jumpa sepupu-sepupu dia.

Ayie dengan Kak Ninie kemain baju omputeh okay, hahahaha! Mentang lah mak takde ye. 

Pastu cam eh boring betul asik ambik gambar kat sofa ni je. Kita bergambar kat jalan raya la pulok. Untung rumah Ceras baru ni sebab jalan mati. So memang takde kereta lalu pun. Senang nak bergambar.

Dimulakan dengan gambar Family Ceera.




Ok cukup tu gambar korang.

Family Sepet





Over sangat mak kau.

Family KakJeng





Dasyat sangat tema warna hitam.

Family Ayie a.k.a omputeh, hahaha!



Family Ode



Kitorang takde buat apa pun. Melepak je. Sekali abang jual aiskrim lalu. terus memasing meluru order aiskrim. Lepas tu kitorang tinggalkan Qery jadi orang last berdiri kat motor abang tu. Motif supaya dia belanja, hahaha!

Anak buah semua pakat pilih ais krim sama.

Qaiser je aiskrim lain. Dalam hati dia 'aku punya aiskrim lagi sedap'

Dan membawa diri. Hahaha!

Tunggu Kaklang datang, pukul 3 lebih baru sampai. Terus ajak bergambar gedik adik beradik pompuan. Susah nak berkumpul pompuan2 semua. Ni pun kita punya kakak ipar takde. Kak Ninie dah keluar beraya, Kak Ida kat dapur kot tengok TV. 

Korang tengok gambar je la eh.










Geds sangat KakJeng ni, hahahaha!








Muntoh tengok mak mak orang tak sedar diri ni. Huhu!

Padahal campur-campur anak kita semua ada 20 orang tau. Hahaha! Tolong lah insap semua pun. 

Lepas ambik gambar terus ajak Qery balik. Berkahirlah cerita raya haji kia. Tak kisah la tak best pun, yang penting baju baru. 

Lols, hahaha!

Next Booth : Melaka (MITC Event Mood Republik)

$
0
0
KL sudah, Selangor sudah, Johor sudah, Negeri Sembilan sudah. So next booth kita akan bukak kat Melaka pulak. Yahuuu!!!!


Paling banyak-banyak negeri selain KL Selangor, Melaka lah negeri yang kerap jugak aku pergi kalau nak melancong. Sebab banyaaaaak tempat menarik.

Dulu masa hangat bercinta, sanggup okay pegi balik Melaka. Bangun awal pagi, sampai Melaka lebih kurang pukul 10 11 gitu, jalan-jalan taman rama-rama, then tengok tempat madu tu. Tak ingatlah apa nama. Pastu pegi yang rumah-rumah setiap negeri tu. Syok sangat rasa. Hahahaha!

Ada la dalam 2 ke 3 kali kot dating kat Melaka. Dating kat Melaka mak tak tau, hahaha! Sebab aku pegi kerja pakai baju biasa (dalam farmasi pakai labcoat kan), so bila keluar, mak aku pun mesti fikir aku pegi kerja. Buruk gila perangainya ni. Hahaha! 

Kalau korang perasan, bercuti lepas kawin pun selalu gak ke Melaka. Maybe sebab tak jauh sangat dari rumah. Just nice la dalam 2 jam lebih gitu. 

So, nak bukak booth kat Melaka ni rasa excited. Siap buat bag make up. Nak bagi Free kat customer yang buat pembelian RM100 ke atas. Ada macam-macam kita nak bagi sebenarnya. 


10 pembeli terawal setiap hari akan dapat FREE BB CREAM COLOR BROWN

Pembelian RM100 ke bawah akan dapat FREE PEN SEQY dan SAMPLE PRODUK SEQY 

Pembelian RM100 ke atas akan dapat FREE BAG MAKE UP SEQY BEAUTY

Pembelian RM200 ke atas akan dapat CABUTAN BERTUAH PRODUK SEQY!! 


Okay, cabutan bertuah ni bukan barang asal ado okay, hahaha! cabutan bertuah ni korang akan dapat produk Seqy seperti Set Skincare, BB Cream, Sakura Mask, XXS Lotion, Cleanser 100ML, Toner 100ML, Serum 50ML, Krim 2in1 30G, Collagen SHE, Toiletries Bag, Sling Bag.

Sebelum ni semua orang dapat cabutan bertuah kan. Tapi aku cam kesian bila yang dapat sample tu, hahaha! So kali ni kita buat, siapa yang beli RM200 ke atas boleh buat cabutan bertuah dan menang hadiah Seqy yang best-best. 

LIPSTICK??????????????????????????

LIPSTICK??????????????????????????

LIPSTICK??????????????????????????

LIPSTICK??????????????????????????

LIPSTICK??????????????????????????

LIPSTICK??????????????????????????

LIPSTICK??????????????????????????

Hari Khamis kita bagitau balik ye ada ke tak masa kat booth. 

Jadi, save the date sesiap. 


Event Mood Republik
1-2 Oct 2016 (Sabtu & Ahad)
10pagi - 12malam
MITC Melaka
Booth 045 

Kita jupa di sanaaaaaa =)

Siapa Zuhana Noh @ Sepet? (Petikan Majalah Anis)

$
0
0
*Petikan dari Majalah Anis keluaran March 2015*


Trivia Zuhana Noh @ Sepet
Lahir pada 5 April 1988
Berasal dari Kuala Lumpur
Berumur 28 tahun
Anak bongsu daru sembilan adik-beradik
Pemegang diploma dari Management and Science University (MSU), Shah Alam, Selangor, dalam bidang Farmasi.
Pemilik blog sepet88.blogspot.my dan pengasas produk kecantikan Seqy Beauty.
Pernah bertugas sebagai ahli farmasi di beberapa buah hospital selama lebih kurang 4 tahun.
Suami : Khairi Fizairi B. Jalaluddin. (32 tahun)
Anak : Izz Qaiser B. Khairi Fizairi
(tambahan info : Anak : Luth Runako B. Khairi Fizairi) 


Blogger SEPET Kini Pengasas Produk Kecantikan.

Paduan ilmu, pengalaman dan minat merupakan pakej terbaik buat dirinya mengasaskan produk kecantikan Seqy Beauty.

Tahun 2008 merupakan era kegemilangan blog. Rata-rata blogger yang ditemu menjengah dunia blog pada tahun tersebut. Maklum sahajalah pada ketika itu, laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter masih belum mesra. 
Maka, blog dijadikan medium untuk berinteraksi dan berkongsi kisah kehidupan di kalangan sahabat-sabahat blogger. Begitu juga Sepet atau nama asalnya, Zuhana Bt Noh yang mula menitipkan tulisan di blog pada tahun tersebut ketika masih bergelar pelajar kolej. 

Mungkin ramai sedia maklum, blogger di sepet88.blogspot.my berusia 28 tahun ini sebenarnya merupakan bekas ahli farmasi yang pernah bertugas di beberapa buah hospital di sekitar ibu kota.

Selain dikenali sebagai blogger, anak bongsu daripada sembilan adik beradik ini meniti kehidupan peribadinya tersendiri apabila bergelar usahawan pada usia yang masih muda.

Ilmu farmasi yang diperolehinya ketika menuntut di Management and Science University (MSU), Shah Alam, Selangor tidak lama dahulu tidak disia-siakan apabila berjaya mengasaskan produk kecantikannya sendiri, Seqy Beauty.

Diploma dalam bidang farmasi yang digenggam, pengalamannya bekerja sebagai ahli farmasi selama lebih kurang empat tahun dan ditambah pula dengan minat yang mendalam terhadap perniagaan menyemarakkan semangatnya untuk mengasaskan produk ini. 

Paduan ilmu, pengalaman dan minat tersebut merupakan pakej terbaik buat dirinya mengasaskan Seqy beauty. Lebih-lebih lagi dengan sokongan suami tersayang, Khairi Fizairi B. Jalaluddin, 32, perkembangan perniagaannya makin menampakkan jalan. 


Bisnes dari rumah

Menguruskan rumah tangga dan perniagaan dalam masa yang sama bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, semua itu boleh ditunaikan kerana adanya kerjasama dan sokongan dari suami. Lebih-lebih lagi, Zuhana kini lebih banyak meluangkan masa di rumah sejak mengambil keputusan berhenti kerja sebagai ahli farmasi. Keputusan ini diambil lantaran minatnya yang mendalam terhadap dunia perniagaan.

"Saya berhenti kerja tahun 2012 iaitu setahun sebelum saya mendirikan rumah tangga. Sepatutnya, saya mahu berhenti lebih awal, tetapi disebabkan ada kontrak dengan pihak hospital, saya terpaksa tunggu sehigga habis kontrak tersebut," ujarnya.

Sebelum berhenti kerja, Zuhana terlebih dahulu berbincang dengan ibu bapa dan bakal suaminya pada ketika itu berhubung keputusan yang dibuat untuk memulakan perniagaan dengan lebih serius.

Baginya, menjalankan perniagaan sendiri lebih-lebih lagi perniagaan atas talian (online) sepertinya lebih menguntungkan bukan sahaja dari segi pulangan, malah dari aspek masa dan juga kos perbelanjaan harian.

"Saya lebih banyak masa di rumah. Stok-stok produk juga saya letak di rumah. Cuma, makmal sahaja terletak di Kepong. Jika ada sesuatu urusan sahaja, barulah saya ke makmal dan selebihnya saya berada di rumah,"akuinya.

Zuhana sudah membuktikan bahawa perniagaan produk kecantikan sepertinya juga mampu berjaya. Paling penting, ilmu dan kesungguhan. berkat kegigihanya, Seqy beauty kini mempunyai agen di seluruh negara.


Blog Medium Perniagaan


Mula memeriahkan dunia blog sejak tahun 2008, kini Zuhana Noh mengakui yang dirinya tidak seaktif dahulu dalam menulis atau mengemaskini blognya kerana sibuk menguruskan putera sulungnya itu. Lebih-lebih lagi, perniagaan produk kecantikannya, Seqy Beauty semakin ligat menjengah pasaran.

Usahawan muda ini dilihat menggunakan sepenuhnya medium blog tersebut untuk mempromosi dan memperkenalkan produk yang diasaskan sendiri kepada orang ramai.

Ikuti temu bual lanjut bersama Zuhana atau lebih gemar dipanggil Sepet.

Anis (A) : Apakah yang selalu dikongsi dalam blog?
Sepet (S) : Saya selalu kongsikan tentang keluarga dan perniagaan. Sekarang ini, saya agak jarang update blog kerana sibuk menguruskan anak yang masih kecil. Kalau sempat, dalam seminggu itu mungkin sekalilah. itu pun berkongsi perkara yang simple sahaja.

A : Apakah yang dititikberatkan ketika berblog?
S : Gambar atau penulisan kita mestilah tidak menimbulkan kontroversi kerana kita tidak tahu feedback daripada pengikut atau pembaca blog kita sama ada mereka suka ataupun tidak. Tulislah perkara-perkara yang baik sahaja dan yang membuatkan pembaca-pembaca blog gembira apabila membacanya. Perkara-perkara yang beremosi tidak perlulah dikongsikan.

A : Selain seorang blogger, anda juga mengusahakan perniagaan produk kecantikan secara online. Bagaimana boleh bermulanya perusahaan produk kecantikan ini?
S : saya memang minat dalam perniagaan sejak dahulu lagi. Ketika saya masih bekerja dahulu pun, saya menjalankan perniagaan sebagai part time. Selepas itu, saya mengambil keputusan behenti kerja untuk serius dalam perniagaan. Saya bermula dengan menjual pakaian secara online iaitu Seqycouture. Tetapi ia mampu betahan lebih kurang enam bulan sahaja. Selepas itu, bulan Oktober 2014 baharulah saya keluarkan produk kecantikkan BB Cream atas jenama Seqy beauty yang diasaskan sendiri oleh saya.

A : Setakat ini, bagaimana sambutan terhadap produk Seqy Beauty?
S : Mula-mula memang susah jugalah sebab perlu mencari pelanggan dan membuat orang ramai percaya dengan produk ini. Tetapi, lama kelamaan semuanya dipermudahkan.

Next Booth di Ipoh dan Shah Alam!

$
0
0
Aduhai, teruk beno tahap kemalasan aku ni. Entry booth Seremban dengan booth Melaka tak update-update. Konon melampau sangat bizinya. Padahal sibuk menjaga anak je. Kekekeke!

Sorang dah 2 tahun 2 bulan, sorang dah 6 bulan. Dua-dua ni dah pandai main sama-sama. Runako dia suka main dengan Qaiser. Lagi-lagi kalau main gusti. Mak kau urut dada nengoknya. Aku duk terjerit-jerit marah Qaiser jangan hempap adik dia. Adik dia gelak rilek je macam tak ada apa-apa. Huhu! Terganggu sunggu jiwa raga mak ko hijau ni,

Straight dua minggu ni agak bizi sikitla. Sebab dua minggu ni bukak booth. Sabtu Ahad ni kita akan bukak booth di Aman Jaya Convention Centre Ipoh, Perak. Jadinya minggu ni aku dah kemas-kemas stok. Dah sediakan baju-baju staff. Lepas tu ralat fikir pasal Lip Matte Seqy  ni. Huhu! Bukan apa, risau takde stok. 

Aku memang menggelabah sangat, belum sempat update kat blog pun pasal Seqy Matte Lip Cream. Kita order 10K permulaan. Baru 4 hari jual ada beberapa warna dah habis dan ada yang stoknya tinggal sikit. Urut dada lah. Tu asyik berdoa, semoga booth kat Shah Alam nanti dapatlah stok batch ke-2. Fenin seketika mikir pasal Liptik ni. Huhu!

So, nanti kat booth dah ada Lip Matte ye. Korang nak cuba je pun boleh. Nak beli lagila boleh, hahaha! Ada 6 warna menarik. Jap tunjuk kat korang video ni.



 6 pilihan warna menarik. 1 batang RM25. 6 batang RM150.

Code Relax kehabisan di HQ. Tapi kita ada simpan sikit untuk bukak kat booth. Sikit je la tapi. Siapa cepat dia dapat. Konsep dia.


So warga Ipoh! Meh la kita jumpa =)

29-30 Oct 2016
Sabtu dan Ahad
10 pagi - 10 malam
Booth 12

Jumpa kat sanaaaaaa

Adik Beradik vs Stokis

$
0
0
Gittew, hahaha!

Tak pernah lagi la aku dengar sendiri yang ada orang mengata aku berat sebelah layan adik beradik lebih ke apa. Tapi aku agak, mesti ada terlintas jugak kat hati seseorang kan kan kan....... Bukan la korang, tapi seseorang lah tak tau pun siapa, aku main rasa-rasa je ni. Huhu! Saja nak cari bahan update. So jangan ada sesiapa terasa ke apa okay.

Adik beradik jadi Stokis ni sebenarnya bukan benda yang mudah gak la. Lagi-lagi semuanya pangkat kakak-kakak kan. Pastu semuanya manja-manja phuiiiii hahahaha!

Walaupun begitu, kakak-kakak aku ni bagus. Eh terpuji pulak. Bagus dari segi supportive. Dorang ni jenis yang support adik-beradik. Macam aku pernah cerita dulu, masa jual handbag. Dorang beli banyak sangat. Beli terus bayar pulak tu. Tak pernah mintak diskaun walaupun adik beradik.

Siap tanya ada bag baru ke tak. Suruh tambah stok bag sebab nak beli lagi. Kalau nampak aku iklan apa-apa mesti balik rumah mak tu beli walaupun tak pakai, hahahaha!

Bila ada produk sendiri, dorang yang willing contact aku personal nak jadi agen. Aku takde la suruh dorang jadi agen ke apa. Sebab aku ingat dorang tak minat jual produk-produk ni. Yela pengalaman aku jual produk orang lain dulu, lenguh mulut ajak dorang jual, langsung taknak. Hahaha! So takde la aku ajak lagi.

Tetiba keluarkan BB Cream, sorang-sorang personal contact aku. Bagitau nak jadi agen. Eh suka lah hati aku kan. Hehehehe!

Walaupun adik beradik yang jadi agen. Tak ada istilah ambik barang dulu nanti-nanti bayar ke apa. Masa nak jadi stokis, modal belas-belas ribu pun dorang bayar dulu, baru aku bagi stoknya. 

Sama jugak masa tak ada stok. Aku tak pernah simpan stok untuk adik beradik dulu. Konsep aku, siapa bayar dulu, aku bagi barang. Pun tak ada jugak passing customer kat adik beradik dulu. Aku akan pas kan ke group stokis. Dalam tu siapa alert dulu dia dapat, just to be fair and square. 

Stokis yang dapat reward memang kebanyakkan adik beradik aku lah. Tapi bukan sebab aku tolong dorang ke apa. Dorang yang usaha sendiri. 

Tak ada isitilah harga adik beradik, Mampuih kalau bagi harga adik beradik. Kejung aku. Hahaha! Tak ada istilah ambik barang dulu nanti dah jual semua baru bayar. No no no. 


Tak ada gak istilah promote adik beradik lebih. Aku promote bila mana-mana stokis capai target, atau dapat reward. Itu je. Yang lain tu memang stokis-stokis usaha sendiri.

Ada ke orang kata ni Bisnes Adik Beradik??? 

Bukan ye, ini bisnes suami isteri. Hahaha! 

Ok lah nanti sambung, dah ada semangat nak update blog ni gais. Lepas ni bersedia muak baca blog aku hari-hari. kekeke!

NEW STOKIS & TOP STOKIS OCT 2016

$
0
0
Sticky Mode : Entry baru di bawah =)

ASSALAMULAIKUM. 

Nak memperkenalkan NEW STOKIS SEQY untuk bulan October.

Stokis Negeri Sembilan (Seremban)
Suraya Mazni (Mekchu)
012-608 0784
merangkap TOP STOKIS BULAN OCTOBER

Stokis Negeri Perak
Kak Niza
012-527 0359
merangkap TOP STOKIS BULAN OCTOBER

 Stokis Negeri Sembilan (Nilai)
Ifa
011-2184 3696

Stokis Kuala Lumpur
Afifah (Fifah)
012-544 3498 

dan juga TOP STOKIS BULAN OCTOBER
Stokis Negeri Sembilan (Seremban)
Kak Jeng
012-205 2091

Stokis Negeri Selangor (Klang)
Kak Zara
016-204 8884

Stokis Kuala Lumpur
Ceera
012-338 8457

Stokis Selangor (Shah Alam)
Kak Ira 
012-978 9311

Tahniah semua. Korang yang nak jadi agen boleh contact Stokis-stokis kami ye =)

Hari Pertama Bekerja Tahun 2017

$
0
0
Assalamualaikummmmmmmmmmmm uolssssss.

Sedar tak sedar, (omg sedar tak sedar katanya, hahaha) dah masuk tahun 2017, dari tadi dah nak update blog. Tapi duk pening fikir nak masukkan line internet kat opis. Call Time tak cover, call Unifi tak cover. So last choice nak call Streamyx je lah. Tapi malas nak fikir streamyx apa, kita update dulu.

Kalau nak diikutkan, hari ni hari pertama aku bekerja secara rasmi setelah lebih kurang 4 tahun meninggalkan dunia pekerjaan. Yeay!! *tepuktangankuatkuat*

Subuh-subuh bebudak dah bangun, Qaiser dengan Runako dedua tak sihat. Demam, selsema, batuk pakej 3 serangkai. Tapi Qaiser dah nak sihat. Ada tinggal sesikit je flu. Runako pulak baru berjangkit, so dia tengah struggle gak la. Malam-malam tak lena tidur susah nak nafas kot.

Malam tadi bangun ada seploh kali. Pastu Subuh terus bangun sebab nampak Qery tengah siap-siap nak gi kerja. Pastu Qaiser pun bangun gak melayan adik dia main car. Aku jugak yang terkebil-kebil menahan ngantuk tak habis, hahaha!

Pastu fikir nak kena kerja ke, kena masuk kerja ke. Apenniiii apenniiiiii.....Stress tahap anje-anje terus. hihi!

Lepak-lepak bagi anak minum susu dulu, terus mandikan dorang. Dah mandi bagi makan biskut. Aku pulak siap-siap nak gi keroje. Sambil siap tu aku membebel la kat Qaiser. Aku cakap lepas ni pagi-pagi Qaiser kena duduk rumah nenek. Nanti petang mami datang ambik.

Terus moody taknak senyum. Hahaha! Dalam kereta pun diam je taknak cakap. Sampai rumah nenek menangissssssssssss. Lantak sana. Jangan drama sangat dengan mak ko. Malas nak layan. Kekeke!

Ekceli memang tak rancang pun nak pergi kerja hari-hari. Buat opis ni senang nak letak barang and ada pekerja boleh duduk sini. Tapi tetiba mak mertua offer nak jaga anak-anak iolls. Katanya tahun 2017 Zuhana boleh la masuk opis buat kerja, mak bukak nursery jaga cucu-cucu.

Tersimpul-simpul mulut nak senyum tapi malu. Acah-acah sopan kan aku ni, biasalah tu. Sejenis perangai keturunan. Haha!

Jadi harini, nak start engine update blog balik. Lama dah jemari ni tak taip lelaju. Selalu jumpa komputer ni bila hujung bulan je sebab nak masukkan gaji, kahkahkah!

Ok nak buat kerja jap. Nanti kita bebel lagi. bye!

SAHAJA AKU BEKERJA KERANA ALLAH SWT.

$
0
0
Begitu sekali ye, hahaha!

Ya Allah, masih tak boleh percaya lagi harini tengah kerja. Debor-debor tak tau nak buat apa dulu. Baru lepas kemaskini file nak kira-kira cukai tahunan. Aihhh malehhhh benor nak kira cukai. Pening dia boleh merundum kan mood bulanan. Huhu!

Macam tak biasapulak bila  tak dengar suara budak dua orang tu. Selalu waktu macam ni gigih kemaskan mainan dorang. Kemas depan, dapur terabur. Kemas dapur, depan terabur. Kejap-kejap Runako nangis sebab Qaiser tolak dia. Kejap-kejap Qaiser nangis sebab mak dia ngamuk. Kekekeke!

Tapi sekarang senyap sunyi hanya kedengaran suara radio berkumandangan. Tak tau la nak happy ke nak rindu ke nak kesian kat bebudak tu. Hahaha! Semua perasaan ada ni ha. Memang tak sama langsung feeling seorang ibu bekerja di opis dengan seorang ibu bekerja di rumah.

Sekarang ni waktu lunch kan. So kita update dulu, kejap lagi kita makan samyang je. Tunggu petang sikit baru orang pasang aircond datang. Nanti iolls tunjuk gambar opis sendu yang takde apa-apa ni tau, hahaha! Jangan caruts jangan keji, nanti kita sentap.

Dalam opis ni ada 3 orang je, kalau bos besar sampai baru la ada 4 orang. Tapi semoga bos besar tak masuk opis lah. Kalau bos besar masuk susah la kita nak party. hahaha!

Ok ok, saja update sikit-sikit, sebab aku ni dah tak reti nak update, jadi kita masuk gear satu dulu selama sebulan. Tak tau ada orang baca ke tak, blog syok sendiri pun best gak. boleh merepek lelebih sikit, kekeke!  Gambar takde nak upload, tunggu transfer dulu. Sekarang nak gi makan. Kbye

Hari Ke-2 Bekerja

$
0
0
Hallu, hari kedua ni dah cam lek lek sikit. Dah tau harini nak buat apa. Semalam gabra kelam kabut semua ada. Dia punya gelabah tu sampai aku membuang ada kot 4 kali *tapitakkuruspunkenapaye*.

Pagi-pagi dah berbincang dengan stokis-stokis tentang perancangan Seqy bulan Januari. So semua dah setel dengan dorang. Lepas ni nak kena prepare stok pulak. Suka....

Aku paling suka buat kerja-kerja stor ni, angkat-angkat barang, susun barang bagi cantik. masuk barang dalam kotak bagi muat-muat space. Macam Qery dia tak suka buat kerja gitu, sebab badan dia cepat berpeluh. Dia lagi prefer peluh main bola atau futsal atau badminton. Pftttttt mata ke atas sangat.

So kalau macam order stokis memang 95% aku yang akan sediakan sebab aku memang excited terus nak buat. Kecuali kalau anak meragam nak melekat 24jam tu ha Qery la akan siapkan. Tapi nanti kau akan dengar la dia terjerit-jerit mana BB, mana Sakura, mana letak pamplet. Heh! Geram je kengkadang tu, barang depan mata pun tak nampak uolls. Urut dada sekejap mak incik.

Semalam aircond tak jadi pasang sebab hujan lebat membasahi bumi, so perjalanan lori dia agak tergendala. Jadi sepatutnya harini boleh pasang lah. So lepas pasang aircond barula kita boleh pasang carpet dan sebagainya. Kalau tak nanti habuk.Aku okay je habuk, tapi bos besar tak suka habuk, dia kekwat sikit. Peluh takpe jangan habuk. Lalalala~~

Nak tunjuk gambar opis macam belum lagi kot, nak tunggu pasang rak dulu. Disebabkan rak tu kami costume made. So ambik masa gak la nak siap. Tukang kayu kata pertengahan bulan ni Insyaallah dorang akan datang pasang. So buat sementara ni kita bekerja lah dengan apa yang ada dulu. Syukur selalu konsepnya, hihi!

Eh okaylah. Nak sambung buat kerja. Byeeeee


Pau Ayam Viral

$
0
0
Ini semua salah Stokis Nina sebab 4 hari lepas kot aku nampak beliau up gambar kat facebook beli pau bentuk ayam ni.

Eh lupa bagi salam hahaha! Semekommmm uolls. Tak tau la korang dah tau ke tak pasal Pau Ayam Viral ni. Rasanya ramai yang dah tau pasal Pau Cendawan kan. Okay yang ni aku dah rasa masa naik Cameron Highland dengan family. Sedap! 

Tapi, untuk tekak aku la, Pau Ayam Viral ni lebih sedap. 

Rumah aku dengan Nina ni takde la jauh mana pun. Tu yang gigih aku tanya mana dia beli. Pergi Ahad tutup, pergi Isnin tutup. So semalam lebih kurang pukul 4 petang ajak Qery keluar mengulor jap cari Pau Ayam Viral. Hahahaha!

Uihhh nasib baik ada lagi. Terima kasih Ya Allah, syukorrr selalu. Over sangat. Haha! Sempat la aku interview brader yang jual pau ni. Katanya stok tak dapat banyak. Sebab benda ni leceh sikit nak buat. Kalau pau cendawan ada mesin dia senang. Yang ni kena buat sesatu kepak peha bagai. So dorang tak dapat banyak la. 

Masa aku pegi tu pun dah tinggal sikit. Meh aku tunjukkan kat korang.




 Kecik comel


Harga dia 3 Rm10. Satu tak tau la berapa.
Area kedai Bandar Tun Hussein Onn (depan petronas, kawasan SMK)
Abang ni kata dia bukak dari Jam 12.30 sampai habis.
Bukak hari apa tak tau. Ikut nasib la.


Rasa dia macam sos black pepper makan ayam kat kenny rogers. Haha! Mohon cari.

Hari Ketiga Bekerja.

$
0
0
Harini lambat sikitlah update blognya. Lantaklah kan asalkan ada update, huhu!

Pagi tadi kelam kabut dibuatnya. Lina a.k.a my PA and my everything lah, haha! Dia datang ambik aku bawak pi opis. Manja tak bos siap berjemput bagai. Bukan takat tu, Lina jugak siap buat servis hantar anak-anak aku gi rumah mertua. Hahahaha!

So pagi tadi Qaiser dengan Runako dedua bangun lambat. Runako bangun pukul 8.15, Qaiser bangun 8.40. Lina datang sebelum pukul 9pagi. Aku dah bersilat lah. Dah mandikan Runako, lepas tu aku nak mekap sikit-sikit. Bila Qaiser dah bangun, lelaju lah mandikan dia. Sekali Runako boleh membuang pulak. 

Terus masuk gear 5, pakai baju Qaiser laju-laju, then cuci najissssss mutawassitah ittew. Pastu dengar Lina dah bukak pagar rumah. OMG kelam kabut aku, sekali cuci tak bersih pulok, hahaha! haihhh gi cuci lagi sekali. Sabo je la.

So Lina tolong jagakan anak jap, aku baru nak pakai tudung. Nak bawak mainan Qaiser semua. Sebab harini bawak Qaiser masuk opis. Sian dia dua hari buat muka kelepet nak ikut mami. So harini Qaiser dalam kereta senyum je, siap pesan kat nenek yang dia tak tinggal, dia akan ikut mami work. Cam la nenek ko kesah, nenek lagi bersyukur ada. hahaha!

Misi masuk opis pagi tadi adalah nak mengemas. Semalam masuk aircond, habuk dia dah menguasai rumah tu. Habuk di sini habuk di sana habuk di mana-mana. Lepas tu nak pasang carpet terus. So kena keluarkan balik perabut dalam bilik, potong tikar getah. Kitorang pakai tikar getah je, then lepas tu baru buh carpet size kekecik tu. Jadilah, haha!

Pastu mop vakum segala, pasang langsir. Sebelum ni dapat pasang satu langsir je sebab besi cucuk2 tu dah habis. Beli tak cukup pulak. Nasib mak mertua ada banyak. Takyah beli. hihi!

Qaiser nak susu la, nak makan la, nak main kereta la. Tapi takpe, still boleh buat kerja. Jap tunjuk keadaan bilik kita ni ha.


Biasa je, kosong sekosong-kosongnya. Tak ada apa pun lagi. Tapi boleh la kalau nak buat kerja sikit-sikit tu. Tinggal nak tunggu pasang internet dan nak tunggu rak masuk. Nanti kita tayang lagi kat uolls tau. 

Okaylah. Sampai sini je. Nak sambung kerja. Bye!

Update dengan laptop lama.

$
0
0
Teruja sangat update harini sebab harini kita pakai laptop lamaaaa. Yeay!!!!

Setelah dua tahun lebih laptop ni terperap dalam bilik stor. So harini try bukak dan legaaaaaa boleh pakai lagi. Pc suka je pakai, tapi sebab pc dia cam statik pastu keyboard dia cam senget ke kiri. Jadi tune aku nak menaip tu macam dah lari sikit. Kalau kat laptop ni centre la sikit.

Sebelum buat apa-apa bukak file gambar yang dah berkurun lama terperap dalam ni. Tengok gambar kawin. OMG rupanya masa aku kawin dulu pipi tembam nak mamp. Orang kawin kurus sebab stress penat segala. Aku pulak makan banyak gila masa nak kawin sebab excited rasa syok tu tak sabar-sabar nak kawin, hahahaha!

Pastu gemok tak tau lah nak salahkan siapa. Nak redho pun susah gak ni. kekeke! Pastu cam nyesal kenapalah masa kawin dulu aku tak pakai korsek *taktaueja*. Tak kisah lah, yang penting masa tu aku yakin aku paling jelita, hahaha!

Pagi tadi masuk kerja sebelum pukul 9 pagi, terus ajak Lina pindah stok dari rumah ke opis. Penuh la satu Exora Lina tu ha. Gigih sangat pagi-pagi kitorang dah berpeluh. Semoga bos baca ni, tak dapat naik gaji, belanja makan Korea pun jadilah bos. Hikhikhik!

Kemas punya kemas, aku ingat dah tengah hari. Rasa lama betul kalau buat kerja ni. Cer kalau main tepon takde terasa lama pun. Haha! Sekali tengok fon baru pukul 10pagi. Ehhhhh, baru pukul 10 pagi tapi rasa cam dah tengah hari. Nampak nau sebenarnya dah lapar.

Nasib baikkkk Lina belikan nasi lemak. Manaaa nak cariiiii staff belikan nasi lemak. Hahaha! Kalau tak kita makan maggy cup je. Memang dah get ready maggy cup dalam beg. Sejenis lapar tak tentu masa. Kadang tak lapar sampai petang, kadang tu bangun-bangun pagi terus lapar.  Perut tak konsisten. Susah i nak memahami perut sendiri. Huhu!

Lepas makan sambung kemas meja, pastu apa aku buat tak tau la. Tengok jam dah pukul 11 lebih. Terus suruh Lina keluar ambik anak dia. Aku pulak telefon streamyx ingat dah seminggu boleh la pasang. Sekaliiiiiiiiiii dorang baru masukkan dalam sistem semalam. Oihhhh menduga kesabaran mak hencik sungguh.

Punyalah aku call Selasa Minggu lepas, semalam baru dorang masuk sistem. Pastu nak tunggu lagi 7 hari. OMG nasib baik lahhhhhhh aku dilahirkan mempunyai sifat kesabaran yang tinggi, eceaaa. Hahaha!

Harini tengah hari patutnya aku buat live kat facebook. Tapi baru nak live sekali Qery call ajak lunch sesama. Harini Qery kursus area sini gak, so rehat  boleh la singgah jap makan sesama. So kita cancel lah live tu. Esok baru live bersungguh-sungguh. Esok uolls jangan lupa bukak facebook Sepetnoh atau Sepet88 ye. Tak tau lah aku url facebook aku yang mana. Hahaha!

Rasanya friend list dah full, tapi korang boleh je follow. Kena tengok tauuuu sebab kita nak bagiiiii BB Cream free. Bukan seketul bukan dua ketul. Berapa ketul nak bagi tu esok nanti tengok tauuuuu.

Okay lah. Nak tido bawah meja jap. Haha! Bye

#HATERSGONNAHATE

$
0
0
GITHUUUUWWWWWW

Eh rasa macam dah bertahun tak cerita pasal haters ni uolls. Rasanya last cerita entah zaman kolej kot, atau zaman kerja farmasi? Lama sangat lah rasa. Ada la kot cerita tapi dah tak ingat, sebab malas nak ingat benda mengarut-ngarut ni.

Dulu zaman update patjuta sehari memang beratur haters komen tau. Selalu memang dorang guna nama Cik Anonymous je la. Atau nama glemer Cik Anon. Yelah, aku dulu ketip kuku pun boleh buat satu entry panjang, kahkahkah!

Dulu memang cerita merepek meraban je rasanya. Gaduh dengan boifren pun cerita, clash pun cerita, jumpa exboifren pun cerita, naik bukit nak gi kedai abah pun nak cerita. Maigod sangat, hahaha! Dah la ayat aku pun macam remaja baru nak up. Eii macam mana lah korang boleh baca, siap paksa aku update banyak-banyak. Aku baca balik macam nak sepok diri sendiri pun ada. Huhu!

Selalunya haters ni bukanlah benci aku sangat. Eh? Hahahaha! Dorang nak tegur je, tapi macam takut aku up entry pulak pasal komen dia tu kan. Opkos, siapa komen berbaur haters terus aku update bagitau. Terasa macam semua orang kena tau pasal ni, penting untuk self backup okay. hahaha!

Komen yang aku ingat. Dia cakap entry aku ni takde isi. kosong. sampah. takde motif. Okay sampah tu aku tambah, saja bagi cam gimik lebih-lebih sikit. Biasalah over dengan Zuhana berpiasa tiada. Hahaha!

Komen tu buat aku tak tidur malam gak la terfikir-fikir. Dalam hati tu aku dah maki dia dah. Sukati aku lah nak entry apa pun. Blog aku tak suka takyah baca. Gitu. Memang takde isi pun blog aku dulu, entry baru beli rantai, kelas cancel pun cerita.

Well gais, best kot update cerita gebang-gebang ni, hahaha! Terasa cam jiwa muda remaja gittew. Sekarang pun masih la terasa remaja sebab belum masuk 3 series lagi. Cuma sekarang kalau nak update tu cam pandang kiri kanan depan belakang. Dah besar sikit rasa macam benda-benda camni tak penting. Haters ni tak mengganggu jiwa pun.

Nak benci ke nak keji ke nak caruts ke silakan lah. Opkos aku pun akan carutkan balik mereka tu tapi dalam hati je, hahaha! Tak kuasa pulak aku nak update blog nak cerita pasal dorang ni kan. Tak bawak hasil pun. Kalau bawak keuntungan dunia dan akhirat (amboi, hahaha) mungkinlah aku akan fikir nak update.

Sekarang ni dah kurang lah dengar pasal keji mengeji ni. Mungkin sebab aku memang tak ambik tau. Atau aku memang tak kose nak layan. Atau keduanya sekali. Aku menyibukkan diri dengan anak-anak, suami, family dan kerja, dan team Seqy.Yang lain tak kose la haih.

Keranaaaaaa #hatersgonnahate tak kira apa yang kita buat. Buat baik salah buat tak baik opkos lah salah kan. Huhu! Jadi nasihat Kak Sepet *tetibanasihatorang*, lantakkan je uolls. Semoga dengan perasaan benci itu mereka akan bahagia dunia akhirat abadan abada. Wow ustajah Zuhana kembali, haha!

Okaylah bye

p/s : Jangan lupa ye esok lebih kurang jam 12 tengah hari nak buat live kat facebook. Siapa nak FREE BB Cream WAJIB tengok dan share. =)

Harini pasang Streamyx

$
0
0
Huahuahuahua!

Semalam baru aku stress pasal streamyx, sekali tengah kemas pagi tadi ada orang call. Selalunya kalau tengok no fon takde nama ni aku memang takkan angkat lah. Tapi sebab dah bekerja ni tak boleh tak angkat kan. Tergerak hati nak jawab. Sekali orang streamyx, omg omg omg. kekeke!

Dorang tanya bila boleh pasang. Ehhhhh pasang harini lah. Excited terus. Takyah la nak share line tepon ni kat laptop lagi. Rasa cam eh cepatnya uolls ni. Semalam baru dorang call bagitau nak tukar username  pastu suruh tunggu lagi 7 hari. Tetiba harini terus nak pasang. Tanjat hakak tau.

Pastu dah gabra sebab dah janji harini nak buat live update kat facebook dalam tengah hari pukul 12, orang tu pulak datang pukul 11.10pagi. Terus tanya pasang lama tak, bukan apa. Nanti dekat pukul 12 Lina nak ambik anak. So aku lah yang kena tengok dorang buat kerja sampai habis. Pastu dorang cakap pasang lebih kurang 30minit ke sejam gitu lah. Okay lah camtu sempat lah kot nak live. Cuma nanti apa yang aku nak cakap tu terabur tahap apa tak tau lah. Hahaha!

Lantakkan terabur. Aku nak kena praktis cakap cakap ni. Nanti mana tau nak buat talk ke apa. Hajat besar nau sampai nak buat talk kan, hahaha! So kita terabur-terabur dulu, nanti semoga lama-lama lancar lah iolls bercakap. Gagap pun korang redho je tau.

Tak sabarlah nak next week, nanti staff baru masuk. Wuhuuuuuuu!! Siapalah staff baru tu ye. Nanti next week baru bagitau. Ok lah. Orang streamyx dah panggil-panggil suruh sign la apa la. Kbye

Mintak Tips Anak Tak Nangis Pleaseeee

$
0
0
Sejak masuk opis ni, biasalah rutin pagi-pagi nak hantar anak tu drama sikit. Yang Runako tu okay la tak paham apa-apa lagi. Yang Izz Qaiser ni, uihhhh dia memang boleh keluar air mata dalam masa satu saat je. Hahahaha!

Kita ni kadang nangis tu cebek-cebek dulu, tunggu jap baru keluar air mata kan. Dia takde ye, terus berjujuran air mata dia. Sekali pakej muka merah kat dahi. 

Asikla nak ikut mami, nak duduk rumah mami je, nak ikut mami work. Huhu! Setiap hari la macam tu. Jenuh la atoknya memujuk. Setiap pagi ayah mertua aku akan ambik cucu-cucunya, then hantar aku pergi opis. Iolls kan manja suka nyusahkan orang. Hahaha!

Permulaan nak bukak opis kan macam banyak benda nak buat, banyak barang nak kena beli. dalam seminggu tu ada la 3 kali kot balik lewat. Nak maghrib baru ambik anak. So Qaiser cam stress je dia. huhu! 

Korang ada tak tips nak buat macam mana. Macam mana nak bagi anak tak nangis, hahaha! Aku punyalah letak mainan best-best. Pastu kadang tu janji belikan mainan. Semua tak jalan. Huhu!

Ke memang konsepnya kena redho je. Haha!

Adududu Izz Qaiser

Dinner Seqy dan Mencari Sponsorship

$
0
0
Sticky Mode sehingga 31Jan2017. Entry baru di bawah.=)

Tak sure lah kalau ada yang dah tau tapi rasanya ramai yang tak tau lagi Seqy tengah prepare nak buat majlis dinner bersama #teamseqy. Tak adala majlis beriya sangat pun. Cuma nak buat majlis makan malam untuk mengeratkan silaturrahim sesama kita. Nak bagi penghargaan kat stokis dan agen yang dah dua tahun bersama-sama Seqy, setia semasa susah dan senang.

Syukur sangat dapat stokis/agen yang setia macam ni. Bukan senang tau nak ada stokis/agen yang still gigih bersama walaupun adakalanya turun, ada kalanya cam krik krik krik, haha! Yang krik krik krik tu bos dia tau. Tetap dorang jual produk Seqy tanpa perasaan berbelah bahagi. Giitew.

Tahun lepas kita tak ada buat pun dinner ke apa, sibuk nak beranak la, nak bukak booth bagai kan. So tahun ni rasa macam masa tu sesuai sangat. Plus kita ada banyak reward nak bagi kat stokis/agen ni.

Persiapan masih lagi 30% kot, sebab baru rangka sana sini. Sabtu ni baru nak meeting dengan staff semua, nak bahagi tugasan, nak prepare apa yang patut. Tapi ada perkara yang dah capai kata sepakat masa previous meeting so tinggal ada beberapa benda yang perlu susun balik tengok lah mana yang sesuai.



Actually, kita ada beberapa benda nak mohon sponsorship dalam kuantiti tak ada la besar sangat. Opkos kita akan ada win-win situation, nanti akan diterangkan kat bawah. 

Apa yang kita perlukan sekarang ni adalah.

1. Photobooth (simple but nice, bukanlah demand yang beriya beno)
2. Door gift (pun just nice lah)
3. Flower/Chocolate Bouquet (atau any bouquet)
4. Hamper

Apa yang Seqy akan bagi untuk win-win situation tu adalah

1. Live update (instagram @seqybeauty)
2. Update personal dari ig @sepetnoh dan Fb SepetNoh
3. Blog update dan link beserta akan disediakan di tepi sidebar selama setahun
4. Sit untuk ke dinner Seqy (dalam ruangan meja sponsor)
5. Logo dalam banner/bunting akan diletakkan di pintu masuk

Minimum price untuk sponsorship MESTILAH bernilai sekurang-kurangnya RM300.

Kalau ada sesiapa yang nak bekerjasama dengan Seqy, boleh la WhatsApp 011-2107 6726 (Lina), Insyaallah kita masih boleh berbincang lagi. =)

Terima Kasih Yang Sudi Sponsor

$
0
0
Assalamualaikummmmmm gaisssss!

Monday blues ke tu?? Aku tak sempat la nak Monday blues sebab pagi-pagi tadi jalan jem gilaaaaa. Sejarah ye kat sini jem hazab sangat. Tak boleh cilok-cilok dah. Semua jalan pun jem. Mungkin la sebab hujan sejak subuh. Harini Fieya ambik aku kat rumah.

Ehhh lupa nak bagitauuu staff baru Seqy adalah birasku, hahaha! So Fieya ambik kat rumah, merempuh jem rasa nak pitam je tengok jalan cenggitu. Sampai opis pukul 9.10 ke 9.15 gitu kot. Hahaha! Pastu dapat wasap bos cakap masuk lambat potong gaji. Eiiiii takut terus gigih buat kerja. Tak sarapan tak apa. *mohonbosbaca*

Ok actually entry ni nak ucap terima kasih kat para sponsor dinner Seqy Feb ni.

Apa yang kita dah dapat seperti photographer, photobooth, hamper dan door gift. Terima Kasih laaaaaa kepada yang sudi sponsor tu. Ada tu tak berkira pun bagi banyak-banyak. Huhu!

Ada yang kita terpaksa tolak omaigod kekwat sangat aku, haha! Bukan apa tau, sebab dapat benda yang sama, terpaksa tolak sebab nak menjaga kreadibiliti produk, nanti nak update kat blog sesatu item senang kan. Hihi! Paham tak apa la aku merepek ni. haha!

Jadi sekarang ni, kalau ada yang nak sponsor

1. Mug/Cawan (printed)
2. Flower/Chocolate bouquet

pun dah best tahap gaban, hahahaha! Sorry la meminta-minta pulak. Hekhekhek!

Ada orang tanya, apa kriteria pihak sponsor. Adakah perlu ada nama besar ke apa. NO NO NO NO. Tak perlu nama besar ke apa. Motif kita memang nak bantu sesama kita naik sama-sama. Gittew.

Apa pun, terima kasih diucapkan.

Okla nanti sambung update. Byeeee

Desktop Baru Jenuh Sangat

$
0
0
Semalam gigih la aku beli laptop dengan desktop. Yela nak bagi staff pakai and buat kerja syok-syok sikit kan. So belilah yang baru. Ingat nak bagi je laptop lama suruh pakai, tapi keyboard laptop tu cam gilo. Tekan huruf P keluar *.

Pastu macam menguji kesobaran kami semua. Sistem macam banyak sangat nak create, lepas tu aku memang out lah bab excel ni. Kau ingat aku mampu tengok banyak-banyak garisan tu.

Dulu kat kolej mana belajar woi. Masuk tingkatan 4 5 pun takde pulak kelas computer ke apa. Masuk bengkel pun bukan la aku jenis suka membelek. Dah tu kat MSU pun takde pun kene mengena dengan computer. So memang tahap kebengongan aku terhadap computer tu di tahap tertinggi dan tak boleh dinafikan. Huhu!

Kalau setakat nak suruh aku update blog boleh la, hihi! Kalau kerja guna system-system  pas ke Lina and Fieya. Aku tau-tau system dah siap, ajar aku cara guna je. Oklah tu kan berguna la jugak aku datang opis ni, hahaha!

Jadi semalam konon beli la desktop touch screen ni, ingat yang kat dalam opis tu nak bagi kat Fieya je, so bagi aku guna yang baru. Kekeke! Yang baru ni screen lebih besar dan lebih puas hati.

Sekali datang bukak-bukak computer terus macam blur. Sebab dia macam adroid. Jenis yang kena download apps bagai. Pastu try nak download cimb clicks tak boleh, nak download Mozilla tak boleh, kembang-kembang hidung tak tau nak marah diri sendiri ke apa. Huhu!

Ke ada cara lain nak download benda alah ni. Eiii Ayieeee tolongggggg..

Waktu-waktu begini, terasa seperti perlukan abang Zikri a.k.a abang IT, hahaha! Mula la aku cam berangan kalau kat rumah mak kan senang. Terus boleh tanya Ayie kalau tak reti. Dulu memang selalu la aku terjerit-jerit nama Abuteh. Ayie dan Abuteh orang yang sama tau. Cuma Ayie tu panggilan dari kakak-kakak. Disebabkan aku sorang je adik dia, jadi aku sorang je la panggil dia Abuteh (Abang Uteh).

Sampai stress la dia, internet tak dapat connect pun aku jerit, laptop lembap pun jerit, laptop tetiba hang pun jerit, hahaha! Sekarangggggg ni caneeee. Acaneeeee. Help help. Pastu tak reti nak connect dengan printer. Maigod semua lah aku tak reti. Tiba-tiba aku terasa seperti lahir di zaman jahiliah pula. Oh oh oh.

Semalam aunty jual laptop kata, printer sekarang semua download je. Tak perlu cd cd lagi. Tapi macam eh nak download apa. Apa jenis sebuah printer kau ni Zuhana? Aku nampak nama dia je Canon. Tapi apakah sejenis kau ni wahai printer. Mana aku nak cari kau punya no siri ke, apa. Tak tau kat mana. Help help!!

Ok kita tunggu jap lagi pasti akan menyusahkan Fieya dan Lina. Hahaha!

I'm sooooooo Brilliant!!

$
0
0
Hahaha! Semalam aku cam onggila kan merepek merapu nak download tu tak boleh ini tak boleh. Okay camni, ekceli desktop tak salah lah sebab dia tak ada brain kan, opkos. Tapi yang kurang berilmunya adalah aku, hahahaha!

Ya ampun, setelah aku bertenang dan berfikir sebagai seorang insan (gittew), barulah sel-sel otak dapat berhubung. Apalah bengong sangat aku ni, download lah macam biasa guna google. Aku dah download apps google kan. So install je la free macam biasa.

And now gais.... Dah ada Mozilla!! Yeay!! Tepuk tangan semua untuk Zuhana Noh. Hahaha! Lega mak, seronok rupanya apabila menjadi sedikit bijok. huhu!

Dan paling membanggakan aku semalam, aku berjaya download printer. Whoaaaa. Rasa pencapaian yang sangat membanggakan. Tak perlu panggil Abuteh lagi *flipshawl*.

Sekarang ni je tengah berfikir macam mana nak transfer gambar dari phone ke desktop. Rasanya macam perlu guna Bluetooth je kan uolls, tak perlukan wayar usb bagaikan. Ok tu takpe nanti aku bertenang dulu baru fikir, hahaha!

Sekarang ni nak kemas kini file akaun sebab nak bayar cukai. OMG cukai oh cukai. Malas nak layan. Huhu!

Kalau nak diikutkan macam banyak gila entry lama tak update-update. Contohnya macam booth bukak dari Seremban, Melaka, Perak Shah Alam semua belum update. Sebab aku malas nak edit. Itu pun satu hal gak gigih nak meng-edit bagai. Urat rajin tu dah tersimpul rapi tak tau pergi mana.

Ok sekarang ni masalah cimb click tetap tak boleh download. Rasa dah sehabis daya guna otak dah tu, huhu! Nanti lah cuba lagi.

Tetiba teringat masa nak keluarkan duit dari bank. Masa tu aku dengan Shey dalam kereta. Shey ni team SQB lah kalau bukak booth korang selalu lah kot tengok muka dia. Qery dia masuk bank. Kitorang berdua memerhatikan lah dari luar.

Tengok la kat luar tu ada pak guard pegang senapang yang besar gabak tu. Pastu kebetulan kat luar cimb tu ada pakcik jual kerepek. Aku pun cakap la kat Shey, pandai pakcik ni cari port. Hahaha!

Aku : Pakcik ni selamber je duduk depan ni jual kerepek, kita kemain lagi cari booth sana sini hias cecantik.
Shey : Kan Kak Hana, entah-entah untung dia ribu-ribu sehari, kalah kita.
Aku : Pastu takde pak guard pun jaga dia kot la ada orang pau pakcik tu ke.
Shey : Takpe Kak Hana, Pakcik ni berada dibawah lindungan Tuhan.

OMG OMG. Aku rasa nak lempang je si Shey ni, hahaha! Terus terasa pakcik tu seorang yang sangat beriman.

Semoga kita semua berada di bawah lindungan Allah sentiasa.

#mohoninsofsertamerta

Kbye
Viewing all 671 articles
Browse latest View live